Resepi Kuih Keria Gebu Memang Sedap dan Lembut
Kuih keria ni sedap bila keledek kat dalam banyak dan guna tepung sikit je. Kuih ni paling senang nak buat sebab tak guna banyak bahan. Ni ariana bagi resepi macam mana nak hasilkan kuih keria yang sedap dan lembut. Bila kunyah pun tak terasa.
Bahan-Bahan:
- 1kg keledek manis
- 1/2 cawan tepung (guna cawan kopi)
- 1sk garam
- 1sk baking powder
- 2 keping gula melaka (kecik)
- 1/2 cawan air (guna cawan kopi)
1 adunan boleh dapat 30-32 biji size kecik
Cara Membuat:
1. Mula-mula kukus keledek selama 50 minit. Kukus sampai keledek betul-betul lembut. Nak rebus pun boleh cuma bila kukus keledek lagi sedap. Bila keledek dah masak, buang terus kulit. Sebelum kukus atau rebus nak buang kulit dulu pun boleh. Pastikan dah basuh bersih ubi keledek.
2. Buang kulit sampai licin. Lepas tu lenyek keledek dengan sudu garfu. Lenyek ketika masih panas. Kalau masih keras, boleh kukus je semula sampai lembut. Kemudian, masukkan garam halus dan baking powder.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Gaul sampai sebati. Jangan tambah air sebab adunan dah lembik atau lembut. Kalau keras baru tambah sikit air. Ariana tak tambah air.
4. Sediakan bekas yang ditabur tepung gandum. Ambik sedikit adunan. Ikut size yang kita nak. Bulatkan adunan. Lepas tu tekan sikit bagi leper. Jangan terlampau leper. Kemudian, susun dalam bekas tadi.
5. Lepas tu barulah buat lubang guna chopstick, nak guna jari pun boleh. Goreng kuih keria guna minyak yang banyak dan panas. Api jangan besar sangat, nanti cepat hangit. Bila dah kekuningan atau oren bolehlah angkat dan toskan.
6. Keria ni makan macam ni pun sedap. Lepas goreng memang naik gebu. Untuk salut gula melaka, ariana guna 2 keping yang kecik gula melaka. Masukkan gula melaka dalam periuk. Lepas tu masukkan air.
7. Kacau sehingga gula melaka hancur dan berbuih. Bila dah berbuih pekat, terus masukkan kuih keria. Kacau sehingga sebati. Pastikan semua kuih keria salut dengan gula melaka. Hati-hati kacau jangan sampai kuih keria hancur.
8. Bila dah siap hidangkan dalam bekas. Bahagian dalam kuih keria. Nampak keledek je. Tak manis sangat. Secukup rasa.
Dapatkan Ubi Keledek Manis Terus Dari Ladang >> https://shope.ee/5pgwg13GdT
Guna Gula Melaka Asli Lebih Sedap >> https://shope.ee/AUSmEh54oD
Resepi Oleh: Ariana Sofia Ahmad