Resepi Puding Santan Penuh Cukup Rasa Lemak Santan
Bukan puding lumut tapi penuh dengan lemak santan dan mudah je nak buat. Ok jom hampa kita start!. Loyang 8 inci.
Bahan-Bahan:
- 10 g agar-agar serbuk (1 paket)
- 2 setengah cawan (1 cawan 250ml)
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula (200g)
- 2 ketul kecil gula batu
- 1 cawan air pandan (5-6 helai daun pandan kisar bersama 1 setengah cawan air) tapiskan selepas kisar
- 1 kotak santan (200g) sebatikan bersama-sama 1 biji telur gred A + 1 sudu kecil essen vanila & secubit garam. Kalau pakai santan fresh ambil yang kepala santan tu ya.
- 2 titik pewarna pandan
Cara Membuat:
1. Kisar halus 5-6 helai daun pandan + 1 setengah cawan air. Tapiskan. Ambil 1 kotak santan 200g, sebatikan bersama dengan 1 biji telur gred A + 1 sudu kecil essen vanila serta secubit garam. Ketepikan bila dah siap.
2. Dalam keadaan api tertutup, masukkan 2 setengah cawan air + 1 paket serbuk agar agar yang 10g + 1 cawan gula + 2 ketul kecil gula batu + 1 tin susu cair + 1 cawan air pandan yang kita buat mula-mula tadi.
3. Sebatikan baru hidupkan api perlahan sahaja, kacau perlahan dalam 3 minit. Selepas itu masukkan santan yang telah sebati dengan telur, essen vanila dan garam tadi. Kacau hingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, biarkan jangan kacau selama 2-3 minit. Kacau dalam 1 minit baru matikan api. Tuang dalam loyang 8 inci. Bagi puding duduk di luar atau suhu bilik selama sejam. Pastikan persekitaran bersih.
5. Bila puding dah sejuk, baru sejukkan lagi dalam peti ais selama 4 jam. Siap dan dah boleh makan sejuk-sejuk, selamat mencuba hampa!.
Guna Loyang 8 Inci Macam Ni, Baru cantik >> https://shope.ee/9pDACRKkqa
Resepi Oleh: Muhammad Ali