Kuih Muih

Resepi Kuih Keria Sira Gula Melaka

resepi-kuih-keria-sira-gula-melaka

Resepi Kuih Keria Sira Gula Melaka

Bahan Keria:

2 kg keledek putih
1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ ayak
garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus keledek
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil. Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk.

2. Setelah empuk, angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas. Biarkan sejuk baru letakkan tepung.

3. Kemudian, gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil. Ikut suka saiz nak besar mana.

4. Goreng kuih keria di dalam minyak yang sederhana panas hingga kuning keemasan.

5. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka.

Bahan Sira Gula Melaka:

1 block gula melaka
Sedikit gula batu
1 sudu besar gula kasar
5 sudu besar air

Cara Buat:

1. Hiris atau hancurkan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair.

2. Di dalam kuali masak gula melaka, gula batu, gula kasar dan air hingga berbuih atau mendidih dan pekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Lapis Pandan

3. Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk..

4. Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati.

Nota:

✔ Gunakan Keledek Putih kerana kandungan air nya kurang dan ia tidak begitu manis serta sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih.
✔ Jangan letakkan tepung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan tekstur kuih menjadi keras.
✔ Campuran gula batu untuk menjadikan kuih keria berkilat apabila telah sejuk.

Resepi Kuih Keria Sira Gula Melaka

Resepi Oleh: MamaMimi Asmah