Ikan, Makanan Laut

Resepi Homemade Fishcake

resepi-homemade-fishcake

Resepi Homemade Fishcake

Bahan-Bahan:

500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecik (menggunung) tpg jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dari air batu)

Cara Membuat:

1. Ambil isi ikan tenggiri dan diblend halus menggunakan food prosessor. Kemudian, masukkan sedikit air ais dan kisar lagi.
2. Masukkan garam serta serbuk lada putih. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.

3. Sambil itu, panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Loyang itu biarla boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau tak ada, boleh guna tupperware tahan panas.

4. Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya.

5. Ratakan isi ikan serta padatkannya. Menggunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak. Dalam 15 minit atau sehingga masak.

6. Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi dan potong seperti mana bentuk fishcake. Panaskan minyak terendam. dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk disimpan atau gunakan dalam masakan.