
Resepi Kek Lapis Horlicks dan Kek Lapis Coklat
Ini resepi Kek Lapis saya. Selamat mencuba. Masa penyediaan, lebih kurang 3 jam.
Bahan-Bahan: Loyang 8×8 inch
- 10 biji telur gred A.
- 500g mentega unsalted berkualiti tinggi (Anchor, Golden Churn, Tatura dan lain-lain) saya guna Anchor.
- 300g tepung hongkong/tepung gandum (diayak) saya guna tepung gandum.
- 150g gula kastor (saya guna 65g sahaja sebab tak suka manis sangat).
- 100g serbuk horlicks.
- 150g serikaya/satu tin kecil (170g).
- 300g susu pekat manis.
- 1 sudu besar ovalette (tak letak pun takpe).
- 1 sudu kecil esen vanilla.
Cara Membuat:
1. Putar mentega, ovalette, dan gula pada kelajuan sederhana sehingga adunan kembang dan bertukar menjadi warna putih pucat. Masukkan telur satu per satu diikuti dengan kaya, esen vanilla dan susu pekat. Putar sehingga adunan kembang dan kelihatan ringan pada kelajuan tinggi.
2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan horlicks dan tepung sedikit demi sedikit sambil adunan diputar (agak-agak sebati je, jangan overmix). Matikan mixer, kaup balik adunan guna spatula atau senduk hanya untuk memastikan adunan tergaul sebati.
3. Gris loyang dengan mentega dan lapik dengan baking paper. Panaskan oven dengan suhu 165c – 175c API ATAS SAHAJA selama 10 minit.
4. Kemudian cedok adunan ke dalam loyang 7 sudu besar dan ratakan menggunakan belakang sudu. Bakar sekitar 6 – 7 minit atau sehingga perang (bergantung pada suhu oven masing-masing).
5. Bila sudah perang, keluarkan dan tekan dengan penekan kek lapis. Tujuannya untuk menampakkan lapisan kek cantik dan rata apabila dipotong nanti (tekan manja-manja sahaja. Guna belakang gelas pun boleh kalau takde penekan kek).
6. Ulang langkah (4) untuk lapisan seterusnya sehingga adunan habis. Keluarkan kek dari loyang apabila kek sudah benar-benar sejuk. Untuk mendapatkan potongan kek lapis yang cantik, pastikan kek sudah benar-benar sejuk, barulah boleh dipotong.
Nota:
- Guna mentega yang berkualiti untuk kek yang sedap dan lembut.
- Untuk Kek Lapis Coklat, tukarkan 100g serbuk horlicks kepada 100g serbuk koko.
- Suhu oven bergantung pada oven masing-masing.
- Guna api ATAS sahaja ketika proses membakar.
- Sukatan gula boleh dikurangkan dan ditambah mengikut citarasa sendiri.
- Bakar setiap lapisan kek hingga perang sahaja. Jangan bakar terlalu lama untuk mengelakkan kek lapis menjadi kering.
- Kek boleh disimpan lama sehingga berminggu-minggu jika disimpan dengan betul.
- Cara menyimpan kek lapis balut kek dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk.
Nak Rasa Kek Lapis Macam Ni? Lihat Sini >> https://shope.ee/3VH4bv5KYm
Resepi Oleh: Ayie Fikhri