Cara Buat Ayam Masak Merah Style Kenduri
Nah abam share resepi ayam masak merah style kenduri. Time ne abam ada tempahan untuk budak sekolah, so masakan takdela smpai beratus-ratus orang. Hehe. Moh checkout resepi dibawah ye.
Bahan-Bahan:
- Ayam tiga ekor (abam potong 14, sebab takde nampak besar dan kecik)
- Bawang merah yg besar (10/15 biji)*
- Bawang putih (2 labu)*
- Halia 1 ketul besar (potong kasar)*
- Serai 15 batang (potong kasar)*
- Lengkuas 1 ketul besar (potong kasar)*
- Cili kering (2 genggam, potong buang biji, dan rebus dan kemudian blend smpai hancur)
- 2 keping gula melaka (abam guna nise)
- 2 keping Asam gelugor (kalu takde pakai je asam jawa)
- Tiga beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
- Garam
- Aji na moto
- Sos cili (abam guna yang dalam plastik 1 paket)
- Sos tomato ( abam pon guna yang dalam plastik 1/2 paket)
- Minyak masak secukupnya
Cara Memasaknya:
1. Ayam tu korang bersihkan cam biasa, pastu rebus ayam tu dengan kunyit dan garam. Rebus kejap je, jangan sampai hancur sebab korang nak goreng pulak lepas tu.
2. Blend semua bahan yang bertanda (*), bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai sampai hancur. Cili kering jangan lupa blend juga ye, tapi asingkan dengan geng bawang-bawang tu.
3. Ok dah siap semua sediakan bahan kan?. Panaskan minyak, tumis 3 beradik sampai naik wangi, kacau. Masukkan bahan blend bawang tersebut, kacau sampai bahan tu naik wangi, jangan tunggu sampai garing.
4. Masukkan cili kering yang siap diblend tersebut ke dalam bahan tumis tu, kacau lagi sehingga dia sebati dan naik minyak. Masukkan gula melaka/nise, kacau lagi sehingga larut.
5. Seterusnya, masukkan sos cili dan sos tomato, kacau jangan sampai hangit. Masukkan serbuk perasa, garam, ajinamoto dan asam gelugor. Kacau sambal tu hingga masak. Jangan terlalu lama masak nanti sambal makin kering.
6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah siap digoreng, kacau sehingga sebati. Bagi nak nampak menarik boleh la letak cili besar merah yang siap dipotong, kacang peas dan bawang holland yang dipotong nipis. Tadaaaa.. dah siap.
Resepi Oleh: M Hairul Hafiz