Kek

Menarik dan Sedap Kek Lapis Milo Cheese

menarik-dan-sedap-kek-lapis-milo-cheese

Menarik dan Sedap Kek Lapis Milo Cheese

Assalamualaikum hangpa, semalam share resepi, malam semalam buat, nampak sedap dan menarik sangat. Tq dapur kitak, saya mohon share resepi ni. Memang sedap sangat. Alhamdulillah, suami cakap tak cantik tak pe, janji sodap. Saya buat separuh adunan je.

Bahan-Bahan dan Cara Membuat Adunan:

  • 250g butter anchor
  • 1/4 cwn gula
  • 1 sdk ovelet

Mix bahan di atas hingga gebu, putih. Kemudian masukkan;

  • 5 bji telur gred A

Masuk satu persatu dan mix lagi hingga sebati. Masukkan;

  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1 sdk esen vanilla

Mix sebati, kemudian masukkan;

  • 1 sdb susu tepung
  • 1 sdb serbuk ais krim vanilla
  • 1 sdb coffemate

Mix lagi hingga sebati. Masukkan pula;

  • 1 sdb serbuk horlick

Mix sebati. Masukkan;

  • 1 cwn tepung – yang telah diayak serta
  • 75ml whipp cream

Masukan secara berselang seli tepung dan whipp cream. Mix lagi hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian kurang sikit dari bahagian kedua. Dalam 1 bekas masukkan;

  • 100g cream cheese

Mix hingga lembut. Kemudian, campur pada adunan yang pertama (1 bahagian yang kurang tu). Tambah pula;

  • 1 sdk pewarna putih

Mix semua sebati. Ketepikan dulu. Manakala, untuk adunan ke-2. Campurkan;

  • 1 cwn serbuk milo dan Mix sebati.

Cara Membakar:

1. Panaskan oven dengan suhu 170c. Kemudian, oles loyang dengan margerin dan lapik denngan baking paper.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Brownies Blueberry Cheese

2. Mulakan dengan melapis adunan milo dahulu. Saya guna 1/2 cawan setiap lapisan. Bab ni saya derhaka sikit, ikutkan kena timbang tapi saya guna cawan metrik je. Cuma lapis pertama je bakar api atas bawah selama 8 minit, guna rak tengah.

3. Dah masak keluarkan dan tekan-tekan sekejap. Untuk lapisan ke dua adunan cheese pula, guna api atas aje dan bakar selama 6 minit dengan suhu 150c.

4. Lapis secara berselang seli. Setiap lapisan bila dah masak, keluarkan loyang dan kena tekan-tekan sikit ye. Buat hingga lapisan terakhir.

5. Bila dah masak semua, sejukkan dulu baru keluarkan dari loyang. Makan sejuk-sejuk lagi sedap. Selamat mencuba.

Menarik dan Sedap Kek Lapis Milo Cheese

Resepi Oleh: Iedaa Jahaya