
Resepi Masak Pari Bakar Sambal Special
Makan dengan nasi panas-panas ni wuuuuu sodappppp.
Bahan-Bahan:
- 2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 biji buah keras
- 1/2 sudu kecil ketumbar – sangai dan tumbuk halus
- 1 sudu kecil belacan
- 4 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar air asam jawa pekat
- Nisan kerek/gula perang – secukup rasa
- Ikan pari secukupnya
- Gula – secukup rasa
- Garam -secukup rasa
- Limau kasturi
Cara Masak:
1. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, buah keras, ketumbar dan belacan. Dengan tambah buah keras rasa sambal lebih sedap dengan rasa sedikit lemak.
2. Panaskan kuali, tuangkan minyak untuk menumis. Bila minyak sudah panas tuangkan bahan kisar dan cili kisar. Tumiskan sehingga pecah minyak, masukkan gula nisan kerek atau gantikan dengan gula perang dan sedikit gula putih. Tumis sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan pula air asam jawa dan kacau hingga rata. Biarkan seketika dan sudah siap.Bersihkan ikan pari dengan perahan limau kasturi.
4. Di dalam kuali, lapikkan dengan aluminium foil di bahagian bawah, kemudian lapikkan bahagian atas dengan beberap helai daun pisang. Letakkan ikan pari dan curahkan sambal di atasnya.
5. Tutup kuali dan masak dengan api yang sederhana lebih kurang dalam 20 – 30 minit. Ini bergantung pada saiz ikan. Pastikan kuali ditutup.
6. Siap untuk dihidangkan. Bila hidangkan boleh perahkan limau kasturi. Lagi mantap rasanya. Selamat mencuba!.
Resepi Oleh: Khadijah Jaafar