Kek

Resepi Kek Keju Jepun Budget dan Simple

resepi-kek-keju-jepun-budget-dan-simple

Resepi Kek Keju Jepun Budget dan Simple

Assalamualaikum. Hari ni nak share resepi Kek Keju Jepun Budget & simple. Kita dapat resepi ni pon daripada dalam group ni juga. Tak ingat siapa yang share, tapi resepi ni dah diolah sedikit ye ikut kemudahan saya nak membuatnya. Semoga resepi ni dapat membantu sesiapa yang nak buat tapi tak jadi-jadi.

Step 1:

  • Susu full cream 200ml
  • Cheese Slice 5 keping
  • Butter 70g

Panaskan susu dan cheese slice sehingga larut, matikan api, masukkan butter kacau hingga butter cair. Biarkan suam.

Step 2:

  • 3 biji putih telur gred A
  • 70g gula icing
  • 1 tsp cream of tartar (kalau tak ada, bole pakai 1tsp lemon juice)

Pukul putih telur sampai berbuih sedikit, masukkan gula icing & cream of tartar, mix sampai bertanduk sikit (bila terbalikkan mangkuk tak jatuh) jangan overbeat ye.

Step 3:

  • 3 biji kuning telur Gred A
  • Essen Creamy Vanilla (pakai esen vanilla je pon boleh, cuma creamy lebih sedap bau dia bagi saya)
  • Tepung Gandum 70g
  • Tepung Jagung 10g
  • 1 tsp baking powder

Mix kuning telur dengan esen vanilla, masukkan adunan susu yang dah suam tadi (step 2) mix sebati. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder, mix sehingga sebati lagi. Then, masukkan adunan putih telur (step 1) tadi kaup balik hingga adunan rata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Coklat Kukus

Masukkan dalam loyang (size 7 inchi). Loyang pastikan sapu butter dulu sekeliling dan bawah. Alaskan baking paper kat bahagian bawah kek sahaja. Bakar secara waterbath (loyang kek isi dalam loyang isi air) selama 60 minit dengan suhu 150-170,c ikut oven masing-masing. Make sure panaskan oven dulu dan air dalam loyang panas juga.

Nota: Tips nak bagi meringue (putih telur kental) menjadi, make sure telur segar, senang nak asing putih dan kuning. Jangan ada kuning termasuk dalam putih telur, bekas dan pekakas jangan ade air, make sure kering seperti digurun.

Resepi Kek Keju Jepun Budget dan Simple

Resepi Oleh: Permata Pink