Kek

Resepi Kek Lapis Putih Telur Kukus

resepi-kek-lapis-putih-telur-kukus

Resepi Kek Lapis Putih Telur Kukus

Duk pikir nak buat ape dengan telur putih yg banyak ni. Dua hari lepas dah buat Choclate white egg resepi dari seberang. Hari ni kita gugel lagi cari resepi dari seberang jugak. Kek Lapis putih telur kukus nama diberi, dia punya gebu tu tak ubah macam puding buih yang makan dengan sos kastard vanila tu, memang lembut sangat.

Bahan-Bahan:

  • 500 ml putih telur
  • 230 gram gula
  • 200 gram tepung gandum*
  • 100 ml susu cair
  • 50 gram mentega cair
  • 3sdb susu pekat manis
  • 1 sdt baking powder*
  • 1 sdt soda bikarbonat*
  • 1 sdb ovelete
  • 1 sdt pes strawberry
  • 1 sdt pes pandan
  • 1 sdt pes mocca/coklat
  • 1 sdt esen vanila

Cara Membuat:

1. Putar putih telur, gula, ovelete hingga kembang putih. Kemudian, ayak bahan bertanda (*).

2. Campur susu cair dan mentega cair. Seterusnya, campur adunan tepung ke dalam telur yang dah dipukul kembang tadi. Putar rata.

3. Tuangkan campuran susu dan esen vanila, ratakan. Kemudian bahagikan 4 bahagian. 1 bahagian perisa coklat, 1 perisa stoberi, 1 perisa pandan, dan 1 perisa vanila (yang ni plain je ye).

4. Kukus selapis demi selapis. Setiap lapisan anggaran dalam 6-7 minit dengan api sedang. Untuk kukusan yang terakhir, kukus selama 15-20 minit ye.

5. Bila dah masak, alihkan kek di atas bekas lain dan sejukkan seketika. Hidangkan.

Resepi Kek Lapis Putih Telur Kukus

Resepi Oleh: Zuita Aisyah