Nasi

Nasi Goreng Ayam ala Gerai Tahun 90an

nasi-goreng-ayam-ala-gerai-tahun-90an

Nasi Goreng Ayam ala Gerai Tahun 90an

Dulu-dulu, masa sekolah rendah (tahun 90an & awal 2000), kalau abah & arwah mak bawak makan malam kat gerai makan (zaman dulu tak ada kafe hipster macam sekarang), selalunya saya akan order nasi goreng. Salah satu favourite saya, nasi goreng ayam.

Nasi goreng ayam dulu-dulu, tak macam sekarang. Dia colour merah, ayam digoreng bersama nasi & ada sawi. Satu bonus kalau tukang masak kedai goreng nasi menggunakan nasi ayam. Marvelous sangat.

Kalau sekarang, order nasi goreng ayam mesti dapat nasi goreng kosong + ayam goreng yang diletakkan sos + salad + timun. Yang versi ni, bukan kegemaran saya. Tqvm sis @yatiekitchen for the recipe. Rasa ‘nostalgia’ tu ada.

Bahan-Bahan (4-5 hidangan):

  • 2 pot beras
  • 2 pot air
  • 2 biji telur
  • 4 ulas bawang putih (ketuk)
  • 6-8 biji cili padi (ketuk)
  • 2 keping dada ayam (potong kepada ketulan kecil)
  • 4-5 sdb cili kering kisar/8-10 batang cili kering (buang biji)
  • 1 sdt serbuk lada putih
  • 2 pokok sawi
  • hirisan daun bawang

Cara Penyediaan:

1. Masak 2 pot beras dengan 2 pot air. Sejukkan nasi (Boleh juga guna nasi sejuk yang berlebihan).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Hitam Ala Kenduri

2. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan telur, hancur-hancurkan telur yang digoreng. Masukkan bawang putih dan cili padi. Biarkan sehingga sedikit garing.

3. Masukkan ketulan isi ayam dan cili kering kisar. Biar sehingga ayam masak sepenuhnya dan kering. Perasakan dengan sedikit garam serta gula.

4. Akhir sekali, masukkan nasi, serbuk lada putih dan sawi. Kacau rata. Tutup api dan masukkan hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.

Nasi Goreng Ayam ala Gerai Tahun 90an

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah