
Resepi Kari Ikan Merah dengan Terung Panjang
Kari Ikan Merah, makan dengan nasi putih panas-panas sedap, cicah roti sedap, cucur bilis bawang atau lempeng memang ngam. Kalau dengan prata kuah banjir pun lagi sedap.
Bahan Tumis:
- 1/2 biji bawang merah dimayang halus
- 1 sudu makan halba
- 2 tangkai daun kari
- Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:
- 2 biji bawang besar/8 biji bawang kecil
- 3 ulas bawang putih
- 3 tangkai cili kering (option)
- 600 gm Ikan merah
- 5 sudu makan serbuk kari ikan (dibancuh dengan 1 cawan air)
- 200ml santan (1 cawan)
- 100ml air asam jawa
- 2 cawan air
- 1 sudu teh gula/Maggi cukup rasa
- Garam secukup rasa
Bahan Sayur:
- 2 biji terung panjang (saiz sederhana)/bendi
- 1 biji tomato (potong 4)
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dengan api sederhana. Tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga bawang layu. Masukan bahan kisar dan tumiskan sehingga kekuningan.
2. Masukan bancuhan serbuk kari. Masak seketika. Masukkan 1/2 cawan air. Masak sehingga rempah kering sedikit dan pecah minyak.
3. Seterusnya, masukan 1/2 cawan air lagi. Masak rempah sekali lagi sehingga pecah minyak. Masukan 1 cawan air dan biarkan kuah mendidih seketika, masukan ikan, santan dan air asam.
4. Setelah kuah mendidih, masukan sayur terung. Biarkan seketika dan masukan tomato. Perasakan dengan garam, gula dan Maggi cukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Shirlyna Hassan