Kek Batik Cheese Bertingkat Penuh Coklat

Kek Batik Cheese Bertingkat Penuh Coklat

Bahan-Bahan: Untuk 2 loyang bulat 8 inci

  • 800g Biskut marie
  • 200g Butter
  • 2 Tin setengah susu pekat manis
  • 1 Biji telur
  • 3 Sudu camca esen vanilla
  • 2 Sudu mascarpone cheese
  • 1 Sudu camca garam halus
  • 200g Serbuk koko
  • 500g Serbuk milo
  • 200g Gula icing
  • Sedikit air panas

Bahan-Bahan Untuk Topping Ganache: Untuk 1 loyang sahaja

  • 200ml whipping cream
  • 200g dark chocolate
  • 1 Sudu camca essen vanilla
  • 1 Sudu butter
  • 1 Sudu camca minyak zaitun

Cara Masak Coklat:

1. Panaskan kuali, guna api sederhana, seeloknya guna non stick 32cm dan pengacau guna whisk. Masukkan butter, kacau sampai cair, kemudian masukkan 1 tin susu, telur, essen vanilla, garam halus, mascarpone cheese dan kacau sampai sebati.

2. Masukkan pula sedikit-sedikit serbuk koko dan milo secara berselang seli dan kacau. Bila coklat dah pekat, masukkan sedikit air panas dan 1 tin susu pekat, dan ulang semula step memasukkan serbuk koko dan milo sampai habis.

3. Coklat akan rasa sedikit pahit, oleh itu, masukkan setengah tin lagi susu tin dan gula icing. Kalau coklat ada rasa sedikit pahit lagi, boleh masukkan gula icing, jangan masukkan susu tin, nanti coklat jadi terlalu cair (kalau coklat terlalu cair, boleh masukkan sedikit serbuk milo). Kacau coklat sampai sebati dan masak, proses ni ambil sedikit masa ya.

4. Bila coklat dah masak, sediakan portable gas stove dan letak diatas meja, lapik gas stove dengan kayu. Kemudian, letak kuali di atas portable gas stove dengan api sederhana. Tujuan letak kuali atas portable gas stove sebab supaya coklat sentiasa panas dan cair, untuk memudahkan proses membuat kek batik.

Cara Membuat Kek:

1. Untuk loyang pertama, saya buat 11 tingkat dan tiada topping. Guna loyang bulat removable 8 inci, sapukan sedikit butter di bawah dan tepi loyang, kemudian bubuh parchment paper di bawah dan tepi loyang.

2. Masukkan biskut satu persatu dan susun rapat (satu tingkat boleh muatkan 7 keping biskut). Kemudian masukkan coklat sedikit demi sedikit, sapu rata coklat sampai biskut tak kelihatan.

3. Kemudian masukkan lagi biskut satu persatu, tekan biskut guna 3 jari secara perlahan sampai biskut diatas menyentuh biskut dibawah. Kemudian sapu rata coklat. Ulang semula step-step tersebut sampai 11 tingkat. Bila dan siap, angkat loyang dan ketuk-ketuk sedikit dia atas meja. Masukkan ke dalam peti ais atas untuk proses penyejukan.

4. Untuk loyang kedua, ulang step yang sama sampai tingkat 9, sebab ruang yang lebih diatas kita nak buat topping. Sejukkan dalam peti ais atas selama 1 jam, kemudian baru boleh buat topping.

Cara Masak Topping Ganache:

1. Panaskan non stick pan, masukkan whipping cream, kacau sekejap. Masukkan pula essen vanilla, butter dan minyak zaitun, kacau sampai naik bau. Masukkan pula dark coklat, kacau sampai coklat cair dan naik bau. Tutup api dan biarkan sekejap 5 minit.

2. Ambil tapis, tapis coklat dan masukkan ke dalam mangkuk aluminium. Kemudian keluarkan kek batik 9 tingkat, tuang coklat ganache di atas kek batik secara perlahan-lahan dan ketuk-ketuk loyang diatas meja.

3. Kemudian masukkan semula ke dalam peti ais atas. Setelah 4 jam disejukkan, bolehlah turunkan kek ke bahagian peti bawah. Seeloknya kita sejukkan kek semalaman.

Cara Untuk Keluarkan Kek dari Loyang:

1. Kena pastikan kek kena betul-betul sejuk, letak loyang atas cawan bulat tinggi yang takda tangkai. Turunkan perlahan-lahan loyang belah tepi sampai kek terkeluar sepenuhnya, tarik parchment paper belah tepi cepat-cepat untuk elak melekat.

2. Untuk belah bawah, saya guna pisau dengan sudip, angkat perlahan-lahan dan tarik parchment paper cepat-cepat dan letak kat atas pinggan dengan perlahan-lahan.

Terima kasih dan selamat mencuba.

Kek Batik Cheese Bertingkat Penuh Coklat

Resepi Oleh: Aidi Az