
Swedish Meetball Ikea Ala Kak Liza
Entah kenapa anak tekak ni ngidam makanan western. Mudah je rupanya masak “Swedish Meetball Ikea Ala Kak Liza.” Bahan dan cara masak lihat di bawah. Jom mulakan pengembaraan memasak.
Bahan Untuk Buat Kuah:
- 1 biji bawang holand
- 2 biji tomato saiz sederhana
- 1 kuib pati ayam
- 2 sudu tepung gandum
- 1 gelas susu segar kotak
- 1 gelas air
- 2 sudu kicap biasa
- 2 sudu buttercup
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos tiram
- 3 sudu sos black pepper
Cara Memasak:
1. Panaskan kuali, masuk 2 sudu buttercup. Tak kisahla butterglass ke, butterbowl ke, asalkan adik beradik butter. Butter dah mencair, masuk hirisan bawang holand yang dipotong dadu. Kacau bawang sampai layu di tasik madu.
2. Masuk 2 sudu tepung gandum. Kacau dan kacau biar sebati. Letak tomato dan kacau lagi. Tuang 1 gelas susu segar. Jenama apa pun boleh. Tak dosa pun. Masuk pula air 1 gelas. Kacau dan kacau lagi.
3. Masuk semua bahan sos sekali jalan. Senang kerja. Kacau sampai sebati. Letak 1 kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Kuah dah siap. Biar sejuk sekejap. Masuk kuah dalam pengisar dan blend.
4. Sementara itu, panaskan kuali, masuk 2 sudu butter dan goreng meatball. Guna minyak masak pun boleh. Sajala guna butter untuk rasa lebih lemak lagi. Kemudian goreng kentang goreng.
5. Saya juga guna sayur campur yang ada dalam peti ais je. Rebus bagi lembut. Susun meatball dalam pinggan dan tuang kuah tadi. Hias dengan sayur dan kentang goreng. Siap! Layan beb.
Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Liza Idris