Resepi Cucur Ikan Bilis Rangup

Resepi Cucur Ikan Bilis Rangup

Bahan-Bahan:

Tepung gandum
Bawang besar (Didadu)
Ikan bilis (Ditumbuk halus)
Garam secukup rasa
Sedikit lobak (Dihiris)
Sedikit daun sup
Air panas mendidih secukupnya

Cara Membuat:

1. Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun sup.

2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok menggunakan bekas yang besar.

3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian.

4. Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. Pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu.

5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh seperti di dalam gambar. Ikut kesesuaian nak buat saiz apa.

6. Goreng seperti biasa dan selalu balikkan cucur sehingga garing sekata.

Resepi Oleh: Alia Syifa80