Sambal & Pencicah, Sayur

Resepi Mudah Terung Bakar Dadar Berlado

resepi-mudah-terung-bakar-dadar-berlado

Resepi Mudah Terung Bakar Dadar Berlado

Tukar selera kita buat berapi berlado pula. Apa nak dikata lagi sememangnya sedap menu macam ni. Guna YAKIN Tanpa was-was, Semua sos tu mainkan peranan masing-masing dalam masakan. Tanpa letak garam dan gula pun dah sedap

Bahan Untuk Didadar:

  • 2 biji terung
  • 4 biji telur
  • 2 sudu kecil SOS KARAMEL CAIR YAKIN
  • Sedikit daun bawang dan sup

Bahan Sambal/Berlado:

  • 5 biji cili merah besar
  • 4 biji cili api
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu kecil SOS KARAMEL CAIR YAKIN
  • 5 sudu besar SOS MASAM & MANIS YAKIN
  • 1 sudu besar SOS TIRAM YAKIN
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Bersihkan terung, dibelah dua jangan putus dan bakar terung hingga lembut dan masak. Kemudian isinya dilecek menipis dengan garfu.

2. Pecahkan 2 biji telur, letak sedikit daun bawang dan daun sup serta 1 sudu kecil Sos Karamel Cair Yakin kocokkan hingga sekata.

3. Panaskan sedikit minyak letak terung, tuang telur biarkan bahagian bawah masak dahulu baru terbalikkan dan biarkan masak dan angkat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mapo Tofu atau Tauhu Berkuah Pedas

4. Satukan cili besar merah, cili api, bawang besar dan bawang putih kisar hingga hancur. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

5. Masukkan semua jenis Sos Yakin gaul sebati dan rasa. Jika belum cukup rasa boleh tambah mana yang kurang ikut selera. Tuang sambal di atas terung tadi, sedia dihidang dan dinikmati.

Resepi Mudah Terung Bakar Dadar Berlado

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish