Resepi Kari Ikan ala Restoren Mamak
Kari Mamak Nal’laarerkerk. Resepi Kari Tersenang Di Dunia.
Nal’laarerkerk ni maknanya sedap guling-guling kepala. Kari ni tak pakai santan. Senang sangat buatnya. Tak yah nak tumbuk apa pun. Proses membuatnya hanya melibatkan hiris dan tumis saja. Sangat sesuai untuk orang-orang yang tak pandai masak kari macam saya.
Resepi ni adik ipar saya Syukor Ahmad yang bagi. Dia memang belajar dari mamak Penang. Patutlah mamak kaya kan? Tak yah risau harga santan naik ker turun.
Ok… ikut jer resepi ni. Resepi yang saya bagi ni TIADA KESALAHAN apa-apa. Kalau saya kata 10 ulas bawang putih tu, memang betul 10 ulas. Jangan la tanya “betul kerr 10 ulas,” hhehehe.
Sebabnya ramai yang dah cuba resepi ni dan Alhamdulillah menjadi. Jangan bandingkan resepi kari ni dengan resepi kari yang pernah anda belajar sebelum ni.
Resepi kari ni TANPA:
- Santan
- Bawang merah
- Asam jawa (ganti SOS TOMATO)
- Halba campur
Bahan A:
- Ikan atau kepala ikan atau apa-apa ikan yang anda suka
Bahan B:
Bahan Tumis –
- 1 senduk besar minyak. Kena minyak banyak baru jadi kari ni.
- 10 ulas bawang putih belah dua saja (betoi 10 ulas, pakai banyak)
- 2 bawang besar – hiris nipis. Sebiji guna untuk tumis. Sebijik lagi masukkan last nak bagi pekat dan kick kuah.
- Daun kari
- 1 sudu teh biji HALBA (halba saja, bukan halba campur. Sila google kepada yang tak kenal apa itu biji halba)
Bancuh Sekali –
- 1 bungkus rempah kari (yang kecik 25 gm tu) ikut suka nak cap apa. Saya pakai cap O sebab ni orang Kedah punya. Kat Tesco ada juai.
- 1 sudu besar kunyit serbuk (ya betul, pakai banyak. Sebab tu kari mamak ni lepas makan tangan kita kuning)
- 1 cawan air
Bahan C:
- Bendi atau terung atau nak sedap dua-dua pun boleh.
- Cili hijau kalu nak
- Tomato kalu nak
Bahan D: Perasa
- 1 sudu besar gula
- 3 sudu besar TOMATO SOS
- Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Tumis bahan tumis sampai agak garing. Minyak kena banyak yea. Masukkan B. Api slow aaaa.. kacau sampai pecah minyak. Anggaran 20 minit. Cara nak tau pecah minyak; Minyak dah banyak timbul di keliling rempah.
2. Masukkan air 1 cawan atau lebih kalau nak kuah lebih dan cair sedikit. Masukkan ikan dan sayur-sayur (bahan c). Biar mendidih. Masukkan perasa.
3. Last sekali masukkan hirisan bawang besar yang sebijik tadi. Memang tak dak santan dan asam jawa. Siap.
4. Nak kick dan menambahkan kedekatan anda dengan MAMAK, sila makan bersama cili hijau patah yang diletakkan kicap cair. Masa makan confirm terbayang mamak depan mata!. Hahahha.. Nasik kena panas-panas.
Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Zalina Yahaya