Mee

Resepi Kuah Mee Kari Meletop

resepi-kuah-mee-kari-meletop

Resepi Kuah Mee Kari Meletop

Bahan-Bahan:

  • 3-4 labu bawang merah besar
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 ekor ayam atau 1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil, lepas tu lumur dengan serbuk kunyit)
  • 40-80g kerisek (peket kecil)
  • Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 2batang serai (diketuk)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 senduk cili kisar (wajib letak)
  • 2-3 peket kecil serbuk kari daging (adabi/maksiti)
  • 100ml santan pekat (kara atau ayam brand 200ml)
  • Kiub ikan bilis, kiub ayam , garam.
  • Air secukupnya
  • Kentang/lobak merah (optional)

Bahan Lain:

  • Sayur sawi
  • Taugeh
  • Mee kuning
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Tauhu pop
  • Daun sup, bawang goreng
  • Telur rebus

Cara Masak:

1. Kisar bawang merah, putih, halia. Tumis bahan kisar tadi bersama serai, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga. Agak kekuningan dan naik minyak, masukkan cili kisar 1 senduk kuah sahaja ye.

2. Tumis sehingga pecah minyak, seterusnya masukkan rempah kari daging, bila kering tambah sedikit sahaja air, perlahankan api, biarkan dia mendidih dan pecah minyak dengan sempurna.

3. Masukkan kentang, lobak merah, beserta ayam yang dilumur dengan kunyit tadi. Biarkan sehingga mesra. Bila dah kering tambah sedikit lagi air, api masih perlahan ye jangan kuatkan api dapur, kalau nak kuahnye masak dengan cantik dan sempurna.

4. Bila kentang, lobak merah, dan ayam dah masak, kuah mendidih elok, kacau perlahan masukkan air asam, masukkan sebungkus kerisek, dan juga santan. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Jangan letak berlebihan nanti kuah agak pucat. Kuah pekat, tambah air agak-agak sahaja. Jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat.

5. Masukkan kiub ikan bilis, ayam, dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu pop, fish ball, fish cake, sayur sawi dan didihkan dia dalam 5 minit lagi baru tutup api.

Nota:

  • Cume mekza nak pesan lagi sekali, masak kari ni jangan pasang api kuat-kuat. Masa menumis pun api sederhana aje, bila dah masuk ayam, air, santan semua tu terus perlahankan api. Biar lambat pun takpe, sebab dia akan masak dengan elok
  • Santan tu pulak jangan tuang sekotak tu, masukkan sikit-sikit lepas tu kacau, tengok warna dia cantik merah tak payah letak dah. Jangan letak santan banyak-banyak sampai kuah tu jadi macam masak lemak cili api, pucat aje. Cili kisar tu wajib letak, takde cili kisar guna serbuk cili pun boleh.
Resepi Kuah Mee Kari Meletop

Resepi Oleh: Tengku RosElyza Raja Muhammad