Ayam, Sup

Resepi Stew Ayam Sedap Makan Dengan Roti

resepi-stew-ayam-sedap-makan-dengan-roti

Resepi Stew Ayam Sedap Makan Dengan Roti

Kakak kata dia tak nak makan nasi untuk lunch. Katanya dia makan nasi impit pagi tadi banyak sangat. Haishhhh 🤭. Jadi, kakak kata dia nak makan Stew Ayam dengan roti je. Kemahin, macam tak boleh nak percaya je ni. Tapi takpe, kita buatkan sebab bahan pun ada.

Resipi stew ni kakchik dapat dari dapur istana. Ringkas tapi sedap, bahan pun tak susah nak cari. Makan dengan nasi ke roti ke memang sedap. Kena dengan selera anak-anak. Bagi yang tak pernah Cuba, stew ni rasa macam sup tapi bukan sup. Dia light je, biasa mat salleh makan bila musim sejuk. Meh kakchik tunjukkan cara meh.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang merah**
  • 2 ulas bawang putih**
  • 1 inci halia**
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sdt Lada hitam
  • 2 sdb tepung gandum
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 sdb kicap manis
  • Kentang
  • Lobak
  • Bawang Holland
  • Batang saderi
  • Cendawan butang

Bahan bertanda ** dihiris nipis.

Cara Memasak:

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumiskan sampai naik bau tau. Bila semua bahan tumisan kita dah layu Dan wangi bubuh tepung gandum dan Lada hitam yang telah ditumbuk. Kacau-kacaukan semua bahan. Kita nak tepung gandum tadi keperangan.

2. Masukkan ayam ye, kakchik guna drummet. Senang semua tak payah berebut. Kang ada yang dapat peha la dapat kepak lah. Masalahnya ayam tu cuma ada 2 peha 2 kepak. Acano anak weh.

Cuba Resepi Ni:  Kembang Elok Roti Kukus Guna Secawan Tepung Saja

3. Masukkan semua sayuran pilihan kita. Kentang, lobak, bawang Holland dan batang saderi. Cendawan butang kita bubuh last sebab dia dah elok lembut. Kalau guna cendawan shitake boleh bubuh masa ni.

4. Masukkan air lebih kurang 5 cawan. Masukkan juga kicap dan kiub ayam. Biarkan stew kita merenih. Senang je kan? Dah boleh tinggal kejap. Bila ayam dan kentang dah empuk, kuah pun dah memekat boleh masukkan cendawan butang. Perasakan dengan garam ikut selera masing-masing.

5. Tadaaaa dah siap. Mudah dan cepat, dia macam one pot meals. Semua dalam tu. Senang kerja mak nak, dah boleh merempit ambil anak kat sekolah. Selamat mencuba korang.

6. Kuah dia pekat melekat cecahkan dengan roti memang layan habis. Roti Perancis takde, roti putih pun jadi wakkkk. Cuma tak berani jamin lah berepa keping boleh pergi.

Resepi Stew Ayam Sedap Makan Dengan Roti

Resepi Oleh: Umi Watie