snek, Snek

Resepi Jualan Paling Laris Popia Sira Sambal

resepi-jualan-paling-laris-popia-sira-sambal

Resepi Jualan Paling Laris Popia Sira Sambal

Ade ke peminat popia sira sambal kat sini? Ni la kuih no. 1 yang paling laris skali jualan saya selain pau sambal kayangan dan donat sambal gebus. Popia ni buka oder je cepat sold out. Bak kata regular customer, kena pantas kalau tak nanti tak dapat makan. Inti popia saya guna sengkuang dan carrot sebab ramai yang tak makan taugeh. Taugeh juga cepat rasa masam ye. Ade yang inti tu tak masak. Sagat je terus gulung tapi style saya suka masak inti separuh masak dulu. Terpulang kan cara masing-masing. Sebiji popia sambal ni saya jual harga 60 sen. Resepi kat bawah ni;

Bahan Inti Popia:

  • Sengkuang
  • Carrot
  • Kiub pati ayam
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuat:

1. Sengkuang sagat kasar dan carrot sagat halus. Tumis bawang besar serta bawang putih sampai layu. Masukkan kiub pati ayam, serbuk lada hitam, masukkan carrot dan kacau sebati. Seterusnya, masukkan sengkuang.

2. Perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa. Tak perlu masak lama, cukup nak bagi dia sebati rasa je. Toskan dalam penapis untuk buang air dan bagi kering.

3. Gulung popia sederhana ketat dan bentuk membulat ye. Jangan letak inti terlampau banyak nanti bila goreng dia pecah. Goreng dengan api yang sederhana ye. Teknik menggoreng popia juga memainkan peranan untuk kekalkan popia rangup. Goreng sampai warna coklat-coklat. Jangan sampai hangus ye.

Bahan Sira Sambal:

  • 1 mangkuk kecil Cili kering
  • 2 biji bawang besar saiz sedang. Tak besar sangat, sedang-sedang sahaja.
  • 5 ulas bwg putih
  • Sedikit Gula batu
  • 6 sb Gula pasir
  • 3 sb sos cili
  • 3 sb cuka makan
  • Serbuk cukup rasa
  • Garam
  • Minyak masak untuk menumis

Cara Membuat:

4. Blend cili kering, bawang besar, bawang putih sampai lumat. Masak bahan ni dalam kuali tanpa minyak. Sampai kering takde air ye, fungsi nak buang air yang kita blend bersama bahan tadi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Roti Cip Coklat

5. Bila bahan tadi dah kering, masukkan minyak masak sedikit. Dalam 5 sudu besar macam tu, jangan terlampau banyak macam nak buat sambal tumis ye, agak-agak je.

6. Bila cili dah garing, masukkan gula batu, cuka, dan cili sos. Masak sampai gula batu hancur baru masukkan gula pasir. Biarkan gula pasir cair dan jangan letak air ye. Perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa.

7. Biarkan sambal sira betul-betul sejuk. Lepas goreng popia, boleh terus gaul dengan sambal yang dah sejuk tadi. Taburkan bijan untuk hiasan. Gaul tanpa buka api ye. Siap.

Nota:

Kalau goreng guna api besar dan minyak terlampau panas masa masuk tu popia akan cepat berubah warna bila dah sejuk jadi lembik. Actually ade pantang larang dan petua dia nak bagi rangup sampai berjam-jam. Petua nak bagi rangup berjam-jam even sehari pon masih rangup, ini caranya;

  • Gulung popia kena padat.
  • Goreng dengan api yang sederhana. Goreng sehingga berwarna coklat tetapi bukan hangus.
  • Masukkan popia ketika minyak sederhana panas. Jika terlampau panas sangat pon popia boleh jadi cepat bertukar warna dan mengembang.
  • Sambal kena betul-betul sejuk.
  • Sambal jangan letak air.
Resepi Jualan Paling Laris Popia Sira Sambal

Resepi Oleh: اهليا محمد صالح يوزانا