Daging

Resepi Masakan India Kambing Paratal Olahan Bersantan

resepi-masakan-india-kambing-paratal-olahan-bersantan

Resepi Masakan India Kambing Paratal Olahan Bersantan

Sejak Ben olah kali pertama haritu, resepi ni masuk dalam list fav Ben. Dari resepi India, mutton paratal ini Ben olah sesuaikan dengan tekak kampung Ben. Kena yakmatt orang kata.

Yang kali ni Ben olah kali kedua dengan masukkan kerisik, guna daun pandan, lebihkan santan segar selain kentang berkualiti dari US dan ada penambahan kari ikan bergabung dengan kari daging dengan nisbah 2:8 berbanding olahan pertama Ben. Rasa dia lagi fuhhh di tekak Ben.

Yang Ben bagi ni resepi kambing paratal bersantan olahan pertama. Akak boleh buat dan sesuaikan. Resepi asal tidak menggunakan santan. Ini ialah resepi-resepi olahan untuk tekak Ben makan. Ya Allah sedap sangat hasil masakan Kambing Paratal Olahan Bersantan Ben ni. Nak sangat akak cuba tau. Ni resepi Ben tulis penuh.

Buat makan dengan roti canai, nasi putih, nasi minyak, roti biasa. Aduhai memang best. Akak kena masak sebijik mcm Ben untuk dapatkan rasa yang dimahukan. Api kena kecil supaya tak hangus rempah yang buatkan gulai rasa pahit.

Bahan-Bahan:

  • 3 kg kambing termasuk berat tulang
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 8-10 helai daun kari
  • 10 sudu makan rempah kari daging sukatan biasa
  • 5 sudu makan serbuk cili Babas
  • 3 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 biji cili besar
  • 3-4 biji kentang dipotong empat
  • 1/2 keping gula melaka kepingan besar
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 500 gram santan pekat
  • 1 sudu teh garam sedikit membukit
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh serbuk cukup rasa
  • Daun ketumbar

Bahan Kisar:

  • 4-5 biji bawang merah besar bola pingpong
  • 2×1 cm halia
  • 4 ulas bawang putih saiz sederhana
  • 6-7 akar ketumbar
  • 3 biji tomato saiz besar
Cuba Resepi Ni:  Nasi Daging Utara Dengan Sambal Asam Kerisik

Cara Memasak:

1. Kisar kesemua bahan kisar dengan air atau minyak ya. Sementara itu, masak kambing 3 kg masuk dalam pressure cooker selama 35 minit dahulu.

2. Panaskan 3 senduk minyak dalam periuk. Kalau lebih takpe di akhir proses boleh keluarkan. Tumis 1 batang kayu manis, 3 biji buah pelaga, 2 cengkih dan 1 bunga lawang bersama 8-10 helai daun kari.

3. Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak, masukkan 10 sudu makan rempah kari daging sukatan biasa tak perlu membukit sangat, 5 sudu makan serbuk cili Babas, 3 sudu makan serbuk ketumbar.

4. Tunggu pecah minyak berulang kali dengan api kecil baru masukkan 2 biji cili besar, 3-4 biji kentang dipotong empat, 1/2 keping gula melaka kepingan besar, 3 sudu makan sos tomato, 2 sudu makan sos tiram, dan 1 sudu makan kicap pekat.

5. Masukkan kambing dan masukkan 500 gram santan pekat. Perasakan dulu dengan 1 sudu teh garam sedikit membukit,1/2 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk cukup rasa. Masak dengan api kecil hingga mulai kering. Dalam 30-45 minit.

6. Sesuaikan rasa untuk peringkat terakhir dan boleh tabur daun ketumbar. Sedapp sangat, selamat mencuba.

Resepi Masakan India Kambing Paratal Olahan Bersantan

Resepi Oleh: Ben Safwan