Snek, snek

Resepi Popia Roti, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

resepi-popia-roti

Resepi Popia Roti

Bahan-Bahan:

300gm isi ayam/daging – cincang
1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
Cili merah – hiris
Daun sup dan daun bawang – hiris
Serbuk lada sulah/lada hitam/garam ikut rasa
Bun sosej/roti gardenia
2-3 sd besar sos cili
1 sd besar mayonis
Kulit popia

Cara Buat:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.

2. Masuk isi ayam, serbuk lada sulah dan lada hitam, garam dan kacau sampai ayam separuh masak.

3. Masuk cili merah, daun sup dan daun bawang, kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak.

4. Biarkan sejuk, campur sos cili dan mayonis pada inti ayam dan kacau sebati.

5. Sapu roti dengan marjerin dan letak isi ayam dan lipat. Potong 2 dan balut roti dengan kulit popia.

6. Goreng hingga kulit popia perang dan toskan minyak. Boleh tambah cheese dan carrot yang didadu jika suka.

Resepi Popia Roti

Resepi Oleh: Nor Izan Mustapa