Snek, snek

Resepi Popia Inti Ketam Berkeju

resepi-popia-inti-ketam-berkeju

Resepi Popia Inti Ketam Berkeju

Bahan-Bahan:

Kulit popia
Jejari ketam (crab stick)
cheedar cheese
Daun Bawang
Tepung Gandum (ejen pelekat)

Bahan Sos  –

5 biji cili masak
4 biji cili api merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
5 sb cuka
6 sb gula
1 sk tepung jagung – Dibancuh dengan sedikit air
Biji Bijan – disangai

Cara Membuat:

1. Blend Jejari ketam bersama cheese. Blend sampai bahan sebati dan bersatu.

2. Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan daun bawang.

3. Tepung gandum dibancuh dengan seidkit air (agak-agak) untuk dijadikan gam pelekat kulit popia.

4. Masukkan isi ketam & cheese tadi dan gulung kulit popia. Ulang sehingga habis. sedia untuk menggoreng.

5. Untuk sos cili, blend kesemua bahan kecuali tepung jagung dan bijan.

6. Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung. Kepekatan ejas sendiri yer.

7. Bila dah siap menggoreng popia dan sos sudah terhidang, barulah boleh tabur biji bijan ke dalam sos supaya nampak lebih menyelerakan.