Puding

Puding Buah Kiwi dan Mangga Masam Manis Sedap

puding-buah-kiwi-dan-mangga-masam-manis-sedap

Puding Buah Kiwi dan Mangga Masam Manis Sedap

Assalamualaikum semua. Haritu saya ada share resepi biskut semperit, kalini nak share resepi puding buah pulak. Boleh guna buah yang kalian suka, saya guna buah kiwi dan mangga sebab warnanya cantik menjamu mata. Kombinasi masam manis gitu.

Bahan-Bahan:

  • Agar-agar tali 1 paket (28gram)
  • Air 1.5 liter
  • 1 tin susu pekat
  • 1/2tin susu cair
  • Buah buahan kesukaan
  • Pewarna kuning untuk buat lapisan di tengah puding

Cara Membuat:

1. Agar-agar tali, panaskan dengan 1.5 liter air. Masak hingga mendidih, bila dah didih tu kita tutup api. Lepas tu, masukkan 1 tin susu pekat, setengah tin susu cair. Ok kacau sebati. Kalau rasa nak lagi manis, tuanglah lagi susu pekat tu. Saya guna loyang saiz 8 ye.

2. Next step kita susun buah, saya guna mangga dan kiwi. Kombinasi masam dengan manis. Tuang agar-agar tu slow je guna senduk. Tuang dalam 5 senduk je, lepastu kita masukkan ke dalam peti sejuk sekejap bagi keras sikit.

3. Ambil lagi 3 senduk agar-agar tu, masukkan dalam mangkuk lain dan letak pewarna kuning. Kacau-kacau pastu tuang atas agar-agar tadi yang dah tuang dalam loyang isi buah tu. Tapi yang ni nak skip pon boleh. Saya saje buat layer kuning nak bagi cantik.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Tau Fu Fah

4. Pastu bila layer kuning tu dah keras sikit, kita tuang yang balance agar-agar tadi tu sampai habis. Ok tunggu sejuk sikit, baru masukkan ke dalam peti sejuk. Chill dalam 4 jam atau lebih, nak bagi betul-betul sejuk. Sebab kalau tak sejuk nanti nak potong buah tu tak cantik.

Puding Buah Kiwi dan Mangga Masam Manis Sedap

Resepi Oleh: Ebah Habibah