Kari

Resepi Istimewa Asam Pedas Versi Berempah

resepi-istimewa-asam-pedas-versi-berempah

Resepi Istimewa Asam Pedas Versi Berempah

Resepi asam pedas versi berempah. Masuk elok dengan tekak Ben. Kepala ikan merah atau anak ikan pari jadi pilihan setiap kali buat asam pedas. Pernah nampak di wall Cikgu Afy? Ben la masak waktu bulan puasa tu berganding dengan dia. Sengaja Ben tak letak nama negeri di belakang untuk elak sebarang pendapat yang tidak diperlukan.

Bahan-Bahan:

  • 3 ekor ikan dalam anggaran 1-1.5kg
  • 2 biji bawang merah saiz 50 sen baru
  • 2 ulas bawang putih Bawang putih
  • 0.5 cm Kunyit hidup

Semua bahan di atas ditumbuk lumat.

  • 1 sudu teh Jintan manis
  • 1 sudu teh Jintan Putih
  • 1 sudu teh Lada Hitam
  • 1 sudu teh halba

Bahan di atas ini disangai terlebih dahulu baru ditumbuk masuk ke dalam bawang tadi.

  • 1 sudu makan Air asam jawa
  • 1 1/2 senduk cili kisar
  • 1 batang serai diketuk
  • 5-6 batang daun kesum
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 keping asam keping
  • 1 1/2 mangkuk air
  • 4-5 ekor ikan pari saiz kecil

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis sehingga naik bahan tumbuk dan kekuninagn barulah masukkan cili kering yang dikisar. Biar pecah minyak. Tambahkan serbuk kari dan kacau hingga pecah minyak lagi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Gulai Kerutuk Telur Cikgu Afy

2. Tambahkan pula air asam jawa, serai, daun kesum, daun limau purut, dan asam keping serta ditambah air secukupnya. Jangan banyak sangat air ya. Bila kuah asam pedas dah mendidih, masukkan knor pasti sedap, garam dan gula ikut tekak. Keluarkan asam keping sebab tak nak terlalu masam.

3. Akhir sekali, barulah dimasukkan ikan pari atau lauk pilihan beserta bunga kantan, bendi atau tomato jika mahu. Biarkan dalam 6-7 minit sehingga masak dan boleh la tutup api. Test dan sesuaikan rasa ikut selera. Siap.

Resepi Istimewa Asam Pedas Versi Berempah

Resepi Oleh: Ben Safwan