Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Pari Bakar dengan Air Asam Bunga Kantan

ikan-pari-bakar-air-asam

Resepi Ikan Pari Bakar dengan Air Asam Bunga Kantan

Alhamdulillah suami kita bagi ikan pari fresh. Terus laa mengidam nak buat ikan bakar guna pes sambal homemade. Cicah pulak air asam.

Pes Sambal Ikan Bakar –

Bahan-Bahan:

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
segenggam cili kering (basuh & rendam sampai lembut)
1 inch halia
1 inch lengkuas
3 btg serai (racik)
4 cili besar
segenggam cili api (ikut tahap kepedasan masing²)
5 ke 6 helai daun limau purut (buang tulang belakang)
1 sudu udang geragau kering (boleh ganti belacan bakar)
1/2 ketul gula melaka
1 asam keping
garam & gula secukup rasa
sedikit air
minyak masak yg banyak (dalam 2 cawan)

Cara Membuat:

1. Blend bawang besar, bawang putih, semua jenis cili, halia, lengkuas, serai, udang geragau kering & daun limau purut dengan sedikit air sampai sebati.

2. Panaskan minyak. Tumis bahan blend. Masukkan asam keping & gula melaka. Kacau sampai garing.

3. Perasakan garam & gula. Kalau kurang masam, boleh tambah pes asam. Jawa.

*Pes sambal ikan bakar ni boleh simpan dalam peti ais lama. Minyak memang bnyak sebab kita nak bakar ikan just guna minyak tu je. Boleh juga bakar sotong, udang atau kerang. Ikut suka.
*Masa nak bakar tu boleh laa tambah petai. Lagi terangkat.

Air Asam Bunga Kantan –

Bahan-Bahan:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Tomyam Thai Pekat

2 sudu membukit pes asam jawa
1/2 cwn kicap lemak manis
1 sudu gula perang
garam secukup rasa
1 biji bawang holland (dadu kecik)
1 biji bawang besar (dadu kecik)
1 biji tomato (dadu kecik)
1 bunga kantan (mayang halus)
cili api secukupnya (hiris)
1/4 cwn air panas

Cara Membuat:

1. Gaul pes asam jawa, kicap, gula, garam & air panas sampai sebati. Rasa laa, tambah apa yang kurang.

2. Masukkan semua bahan yang lain, kacau sebati. Done. Simple kan?

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Nur Fakhira Mohd Rosli