Kuih Muih

Cara Buat Kuih Cara Manis Tembikai

cara-buat-kuih-cara-manis-tembikai

Cara Buat Kuih Cara Manis Tembikai

Kuih cara kene sumpah jadi tembikai. Sedap dan lembut

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 1/2 cawan air daun pandan (blend 4 helai daun pandan saiz besar + 1 1/2 cawan air & tapis)
  • 1 biji telur A @ B
  • 1 sudu teh garam halus
  • Pewarna merah, putih & hijau
  • Gula secukupnya untuk inti
  • 1-2 helai daun pandan – disiat & di ikat hujungnya
  • Bijan hitam
  • Sedikit minyak – untuk oles pada acuan

Cara Membuatnya:

1. Satukan tepung, garam, telur, santan dan air daun pandan. Kacau sebati dan tapiskan.

2. Bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan merah paling banyak. Adunan putih dan hijau sama banyak. Masukkan ke dalam acuan atau cawan muncung supaya senang untuk tuang ke dalam acuan.

3. Panaskan acuan kuih cara. Saya guna acuan bahulu cermai saja. Oles acuan dengan minyak menggunakan daun pandan yang di ikat hujungnya. Kemudian, tabur dalam 10-15 biji bijan hitam sebagai biji tembikai.

Cara Buat Kuih Cara Manis Tembikai

4. Tuang adunan merah hingga setengah acuan. Biar 5 saat, kemudian tuang adunan putih di atasnya dan tuang gula di tengah-tengah sebagai inti. Saya letak 1/2 sudu kfc saje.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Bakar Pandan Mini Sedap

5. Biar beberapa saat. Tuang adunan hijau pula. Tutup dengan penutup periuk dan biarkan selama 5 minit. Cungkil dengan belakang sudu dan angkat.

6. Ulang langkah yang sama hingga habis. Setiap kali nak tuang adunan baru, sila sapu minyak pada acuan. Sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.

Cara Buat Kuih Cara Manis Tembikai

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah