Ikan, Makanan Laut, Sup

Resepi Sup Kepala Ikan Merah ala Siam

resepi-sup-kepala-ikan-merah-siam

Resepi Sup Kepala Ikan Merah ala Siam

Bahan-Bahan:

Bahan A –

Kepala ikan merah dilumur dengan perahan limau dan dibiarkan dalam 15 minit.

Bahan B – Tumis

1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih

Bahan C – Tumbuk

1 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
halia
lengkuas
secubit serbuk kunyit

Bahan Lain –

1 sudu makan serbuk sup
2 btg serai diketuk
air
akar daun ketumbar
ubi kentang
cili padi
cili besar
tomato
daun ketumbar
perahan limau nipis 1 biji
2 helai daun limau purut
garam perasa secukup rasa

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak kemudian masukk bahan B. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan biar wangi semerbak.

2. Seterusnya, masukkan serbuk sup. Kacau-kacau dan biarkan seketika.

3. Masukkan pula air, serai ketuk, ubi kentang, dan 10 biji lada hitam yang ditumbuk. Biarkan sehingga mendidih.

4. Bila dah mendidih, masukkan kesemua bahan kecuali tomato dan daun ketumbar.

5. Bila dah masak dan rasa semua dah ok, baru masukkan tomato dan tabur daun ketumbar. Hidangkan.

Resepi Oleh: Arieza Rieza – MAHN