Resipi Gulai Dalca Kelantan Penuh Dengan Rasa
Meriah dalca cikgu kali ni. Selain campuran sayurnya yang banyak, lauknya pula lengkap. Ada daging dan organ dalaman lembu hampir semua dimasukkan belaka. Aishhh kalau makan dengan nasi minyak begini sedap benar lawan sekali ayam masak merah. Peminat gulai silakan manfaat resipi ini. Tak rugi cuba. Sedak sengoti! Jom tengok cara cikgu masak resipi ini.
Bahan-Bahan:
- 1 kg daging + organ dalaman lembu
- Sediakan 5 sekawan untuk ditumis
- 2 sudu besar kacang dhal – Rendam 1 ja
- 5 sudu besar rempah dalca Kelantan
- 2 cubit pes asam jawa Adabi
- Nisse, garam, gul, perasa
- 1 cawan santan pekat
- 3 gelas air
Bahan Kisar:
- 7 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
Bahan Campuran Sayur:
- bendi
- kacang panjang
- baby corn
- carrot
- lada hijau kampung & cili besar merah
- nanas
- terung
- kentang
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis 5 sekawan, diikuti bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan 5 sudu besar rempah dalca Kelantan dalam periuk. Biar terbit minyak seketika sebelum ditambah segelas air.
2. Masak rempah betul-betul garing dan pecah minyak dalam 10 minit sebelum ditambah dengan bahan perisa lain. Bahan perisa peringkat pertama, nisse, garam, gula, perasa dan 2 cubit pes asam jawa Adabi. Letak sikit-sikit sebelum ditambah semula lepas masukkan santan nanti. Garam letak lebih sikit biar berasa masin dulu.
3. Seterusnya, sedia dimasukkan daging + organ dalaman lembu dan kacang dhal. Tambah air lagi satu gelas. Gaul rata. Kekalkan guna api paling kecil dan renehkan sampai empuk. Tempohnya lebih kurang 1 jam 20 minit. Balik-balikkan lauk selang 20 minit. Kalau belum cukup empuk dan airnya berkurangan, sila tambahkan lagi.
4. Sebaik 1 jam dalam proses mereneh tadi, bolehlah masukkan kentang dan carrot terlebih dahulu. Selepas lauk empuk anggaran masa keseluruhan tadi, masukkan santan pekat lebih kurang 1 cawan dan segelas air. Masukkan terung, nanas dan cili. Boleh tambahkan sebarang perasa yang belum cukup.
5. Kemudian masukkan pula bendi, kacang panjang dan baby corn. Sendukkan kuah selang-seli. Selepas 5-7 minit bolehlah tutup api. Siap!.
6. Alhamdulillah rasa dalca Kelantan ni sangat sedap. Campuran lauk dan sayur yang lengkap. Aroma rempah wangi menaikkan lagi selera menikmati dalca begini. Semoga bermanfaat.
Guna Rempah Dalca Kelantan Macam Ni Baru Rasa Asli >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Afy AL Habibi


