Kuih Muih

Resepi Donut Kampung Gebu Guna Sukatan Cawan

resepi-donut-kampung-gebu-guna-sukatan-cawan

Resepi Donut Kampung Gebu Guna Sukatan Cawan

Emak request nak makan Donat. Tapi bukan Donat Merah yang sedang hangat viral tu yea.. Donat Kampung je.. Donat legend. “Dah lama mak tak makan donat adik yang gebu tu, teringin nak makan”. Tanpa buang masa terus menguli tepung buatkan donat untuk mak. Habis 3 ketul mak makan panas-panas.

Dulu-dulu donat inilah sumber rezeki saya. Sekitar Tahun 1990an lagi setiap hari bangun uli 2 kg tepung, letak dekat kedai-kedai untuk jualan kuih pagi. Uli tangan je masa tu mana ada bread maker atau mixer. Ia menjadi rebutan dari lapisan kanak hingga dewasa. Sape lambat mesti tinggal bekas je la.

Dulu saya guna yeast mauripan yang ketul (buku). Hasilnya memang tiptop. Donat lembut gebu hingga ke petang hari.

Bahan A:

  • 4 1/2 cawan tepung Gandum (takde cawan metrik guna ja cawan kopi kat rumah tu)
  • 3 sudu besar susu tepung (saya tambah nak bagi sedap lagi) resepi asal dulu tak letak pun.
  • 3 sudu besar marjerin Pelangi
  • 2 biji telur (nak letak sebiji sahaja pun boleh)
  • 1 sudu teh ovallete (Ditambah) Tak letak pun boleh je. Sebab dulu-dulu buat tak letak pun ovallete)
  • 1/2 sudu teh garam halus

Bahan B:

  • 11 gram yeast instant (saf yeast)
  • 2 sudu besar susu pekat manis (lebih kurang tak jadi masalah)
  • 1 sudu besar gula
  • 200 ml air suam

Bancuh semua bahan dan biarkan sekitar 10 minit. Biar sehingga berbuih.

Bahan Salutan:

  • Gula putih yang di blend halus
  • Susu tepung full cream (Jika nak rasa susu)

Cara Memasak:

1. Bancuh bahan B ketepikan sehingga ia berbuih. Pastikan yeast aktif, tidak masuk angin atau yeast lama. Jika ia berbuih bermakna yeast aktif.

2. Satukan semua bahan A, ramas dan gaul lembut menjadi seperti serbuk roti. Atau pun boleh juga skip dahulu marjerin nanti doh dah sebati baru ditambah kemudian dan uli sebati. Pilihan ikut keselesaan masing-masing. Saya ramas gaul senuanya menjadi serbuk roti kemudian tuang air bancuhan yeast sikit -sikit dan uli sehingga menjadi licin dan tidak melekit ditangan.

3. Bahagikan doh seperti bebola (cara sama nak buat bebola doh roti canai). Nak timbang pun boleh jika ada penimbang. Disini saya tak restkan doh sehingga kembang dah ye. Saya terus bahagikan doh. Jika nak restkan doh sehingga kembang dua kali ganda pun boleh. Kemudian tumbuk buang angin baru dibahagikan doh. Tak menjadi masalah, ikut je keselesaan sendiri.

4. Dah habis bahagikan doh, rounding cantik-cantik, leperkan kemudian tebuk lubang. Saya guna tutup botol mineral sahaja tebuk lubang donat. Baki doh yang ditebuk tadi masukkan atau campurkan ke dalam doh yang kedua.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Apam Bakar Kelantan

5. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan kemudian tebuk lubang. Buat sehingga habis. Yang last tu tinggal satu biji sahaja lebihan doh yang dilubangkan tadi. Tiada pembaziran atau doh yang berlebihan. Tabur tepung dalam talam susun donat yang siap dilubangkan. Biar sehingga ia kembang (proofing) sehingga ringan.

Tips: Cara saya nak tahu doh sudah boleh digoreng. Baki doh yang ditebuk lubang pada doh yang terakhir tadi saya rendam dalam air biasa. Biar sehingga ia terapung. Bila ia terapung menandakan doh sudah sedia untuk digoreng. Itulah cara saya dulu-dulu.

6. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng donat sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat. Untuk balikkan donat boleh je nak balik-balikkan beberapa kali pun. Saya goreng donat kampung ni saya balikkan dua tiga kali untuk masak sekata. Takde serap minyak pun jangan risau.

Tapi kalau nak ikut cara sekarang balikkan donat sekali sahaja pun boleh je. Tak de pantang larang ye cara nak goreng donat ni. Sebab donat kampung ni dia takde difokuskan kepada white ring. White ring untuk donat modern dah. Donat ala-ala big apple gitu.

7. Dah kekuningan angkat dan toskan minyak guna tisu dapur pun boleh. Salut dengan gula yang dikisar halus. Nak sedap campur susu tepung pun boleh je. Takde pantang larang ye.. Jangan pula cakap.. Eh!!! gaul susu jadi donat susu la. Takde istilah salah dan betul dalam masak memasak ni yea.

Ikut je cara masing-masing, tekak masing. Kita rasa nak makan kita buat sendiri dan kita olah sendiri mengikut keselesaan dan citarasa kita. Tapi jangan kondem cara orang lain. Semua ada cara tersendiri.

Silakan pada yang nak share. Yang nak buat jualan saya halalkan. Mohon sudi doakan kesihatan untuk emak saya. Terima kasih.

Resepi Donut Kampung Gebu Guna Sukatan Cawan

Resepi Oleh: Leeina Qaliena