Resepi Donut Kampung Mudah
Sudilah mencuba resepi saya yang mudah dan bajet ni. InsyaAllah kalau ikut langkah dan cara yang saya berikan confirm puas hati. Pekena kopi o kaw! Pergghhh! Seimbang rasanya.
Bahan 1:
- Tepung gandum 500gm
- Gula pasir 100gm
- Susu serbuk fullcream 30gm
- Yeast 11gm (1sachet)
- Telur A/B 2 biji
- Air sejuk 200ml
Bahan 2:
- Majerin 70gm
- Garam 1/2 sudu teh
Bahan 3:
- Untuk salutan bolehlah pilih dusting powder/icing sugar/castor sugar.
Cara Membuat:
1. Campurkan sekali Bahan 1 lalu uli sehingga setengah elastik. Setelah setengah elastik baru tambahkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik.
2. Simpan adunan doh didalam bekas tertutup rapat dan tunggu sehingga mengembang 2 kali ganda (dalam 30 minit).
3. Setelah doh mengembang tumbuk doh bagi kempis untuk keluarkan angin. Ambil sedikit doh dan timbang 50gm untuk setiap satu donut.
4. Rounding (bulatkan) doh dan lubangkan tengahnya menggunakan apa-apa alat yang sesuai (saya guna belakang nozzle piping bag). Diamkan doh 30 minit sehingga mengembang dua kali ganda.
5. Setelah kembang, bolehlah goreng menggunakan api 1/3 kecil. Suhu mesti jaga ya api yang terlalu besar atau terlalu kecil akan merosakkan tekstur donut anda.
6. Tunggu sebelah perang dulu baru balikkan (cukup sekali balik PENTING) nak gorengan donut yang cantik step ni penting dan lagi satu untuk mengelakkan donut menyerap minyak.
7. Setelah siap menggoreng bolehlah sejukkan donut dan tabur atau salut dengan dusting powder/icing sugar.
Siap! Resepi donut kampung cara mudah. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Jejaka Brownie