Kuih Muih

Cara Buat Donut Pandan Susu Sedap

cara-buat-donut-pandan-susu-sedap

Cara Buat Donut Pandan Susu Sedap

Projek pagi ni kita buat donut pandan pulak.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji Telur Gred A
  • 80 gram air sejuk
  • 1 1/2 sudu teh pes pandan
  • 250 gram tepung roti
  • 25 gram gula kastor
  • 10 gram susu tepung
  • 5 gram yis segera
  • 5 gram bread improver
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 40 gram mentega/majerin

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan dan uli semua bahan sehingga menjadi doh yang licin. Kemudian bahagikan kepada adunan yang kecil dan bulatkan (rounding).

2. Tekan sedikit dan lubangkan bahagian tengah. Biarkan lagi naik dalam 30 minit (bergantung pada suhu). Kemudian boleh digoreng menggunakan api sederhana perlahan.

3. Salutkan donut dengan campuran gula aising dan susu tepung. Guna Susu Tepung Penuh Krim Ni Lebih Jimat > https://shope.ee/4KhaX0s8Xo

Cara Buat Donut Pandan Susu Sedap

Resepi Oleh: Ika Zul