Resepi Doh Roti Serbaguna Mulus dan Gebu
Memandangkan sekarang duk viral burger malaysia, jomlah kita belajar buat roti, donat, burger malaysia. Doh ni awak boleh buat roti burger, nak buat roti manis add on gula lebih sikit, adjust la nak manis tara mana hokay. Ni kaksue share resepi ni, inshaallah menjadi kalau buat betul betul. Cuma yang baru nak belajar, kena keep practice, bukan buat sekali tak menjadi, dah putus asa. Kaksue pun duk belajar lagi, bukan kata teror sangat pun, tapi boleh la share ilmu sesikit yang ada dari pengalaman.
Bahan-Bahan:
- 700gm tepung high protein/tepung roti
- 300gm tepung gandum
- 100gm gula pasir halus
- 10gm garam halus
- 2 biji kuning telur
- 30gm serbuk tepung susu full cream
- 4gm bakerine plus (bread improver)
- 550ml air sejuk (lebih kurang)
- 100gm shortening
Bancuhan Yis (bagi berbuih):
- 15gm yis
- 20gm gula
- 50ml air suam
Cara Penyediaan:
1. Bancuh dulu yis bagi berbuih, nak campur terus dalam tepung tanpa bancuh pun takpa. Kaksue ni bancuh dahulu sebab nak bagi cepat kembang.
2. Campur bahan kering serta telur kecuali garam dan shortening. Masukkan air sikit-sikit dan uli sampai jadi doh. Kalau nak buat guna 900 tepung hp dan 100gm tepung gandum pun boleh, lagi lembut halus mulus.
3. Kemudian baru masukkan garam dan shortening, uli sampai berkilat, licin dan tak lekat di bowl. Rehatkan doh selama 5 minit dan bentukkan.
4. Kalau nak buat roti burger kaksue timbang doh 80gm. Kalau nak buat pau malaysia korang timbang doh 30gm atau 40gm. Kalau kata nak buat roti manis, tambah gula kepada 180gm atau 200gm, terpulang pada citarasa ye.
5. Rehatkan doh bagi kembang, pastu sembur dengan susu full cream untuk buat roti. Baru permukaan dia cantik la, tapi apa-apa pun doh tu uli biar berkilat dan licin. Step rounding pula kena kemas dan licin, jangan bagi terbuka bila buat bulat-bulat tu ye.
6. Panaskan oven, kemudian bakar bila dah ckup kembang. Kalau nak buat donat pula boleh la goreng bila minyak dah panas.
Tips:
- Donat ni jangan overproofing, nanti melekat dekat tangan bila angkat nak goreng. Jadi serap minyak, tak best bila nak makan.
- Doh jangan terlembek, pun serap minyak jugak. Korang cuba la buat, nanti lama-lama menjadi la tu.
- Untuk buat donat saya lebih suka pakai shortening. Tapi kalau nak guna marjerin pun boleh, takda salahnya kan sebab kita nak makan.
- Untuk buat roti saya suka guna kuning telur, serat roti lebih halus lembut gebo. Cuma pastikan jangan overproof lah ye dan kalau nak guna full telur pun ok jer, menjadi jugak.
Selamat Mencuba!
Resepi Oleh: Suhasnida Ismail