
Kek Kukus Coklat Lembut dan Tak Manis Sangat
Alhamdulillah petang ni try buat kek coklat versi kukus ikut resepi yang staf kak Has bagi. Senang rupanya, memang lembut tekstur keknya dan tak maneh sangat. Haih jangan duk ulang makan sampai lupa diri sudah haha. Ok kak Has kongsikan resepinya ya.
Bahan A:
- 1 cawan minyak jagung
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan serbuk koko
Bahan B:
- 4 biji telur besar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu kecil coklat emulco
Telur dan esen vanila dicampurkan dan kacau bagi sebati sikit)
Bahan C:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
Cara Membuat:
1. Masak bahan A sekejap dalam 2 minit. Guna api kecil. Kacau sebati sekadar suam, jangan sampai mendidih. Pastikan tak hangit. Tutup api. Kemudian masukkan telur yang telah dicampurkan dengan esen vanilla tadi. Tambahkan coklat emulco. Kacau sebati.
2. Masukkan bancuhan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau sebati supaya tepung tidak berketul. Tuangkan ke dalam bekas acuan.
3. Kukus selama 1 jam menggunakan api besar (kak Has kukus 1 jam 25 minit sebab tengahnya tadi masih kurang masak, agaknya adunan tebal). Tutup bahagian atas untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam pengukus.
Tips Tambahan:
- Sebelum naikkan adunan kek ke atas kukusan, pastikan air kukusan dididihkan terlebih dahulu.
- Selepas mengukus dalam 30-45 minit, boleh check air kukusan. Kalau berkurangan, boleh tambah. Pastikan tambah air panas mendidih ya supaya kek tak bantat.
Selamat mencuba!
Resepi Oleh: Hasniza Hassan