Cara Buat Donut Menggunakan Bread Maker
Bahan-Bahan:
- 4 cup (500g) tepung roti/2 cup tpg gandum + 2 cup tpg roti
- 1 cup susu segar
- 1/2 cup air peti ais/chiller (guna BM elok guna air peti ais)
- 2 tbsp gula
- 2 tbsp susu tepung
- 1 1/2 tbsp butter/marjerin/shortening
- 1 biji telur gred A/B (dipukul sedikit)
- 2 tsp yis segera
- 1 tsp bread improver
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp ovelette
- 1 tsp garam
- Minyak untuk menggoreng
- 1 tbsp shortening (optional) utk menggoreng
- Coklat masakan sebagai topping (optional)
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan cecair iaitu gula, garam, ovelette, butter, susu segar, air dan telur.
2. Kemudian, masukkan bahan kering iaitu tepung roti meliputi bahan cecair, dibahagian atas tepung roti masukkan susu tepung, bread improver, baking powder dan yis segera.
3. Tekan mode 10 (dough) masa 1:30 minit. Bila mode 10 selesai tekan pula mode 11 (knead) masa 0:08 minit untuk keluarkan udara dari doh.
4. Timbang doh seberat 50g dan bentukkan menjadi donut. Susun di dalam bekas yang ditabur tepung. Jarakkan supaya donut tidak melekat semasa proses mengembang. Biarkan doh selama 30-45 minit hingga donut naik 2 kali ganda.
5. Panaskan minyak dan masukkan 1tbsp shortening dengan api sederhana kecil. Goreng donat hingga nampak permukaan bawahnya keperangan. Balikkan ke permukaan kedua. Jangan balik-balikan donut untuk mendapatkan ring putih disekelilingnya. Jika donut terapung bermakna doh donut cukup naik.
6. Angkat dan toskan di atas rak dawai hingga sejuk. Guna chopstick lebih mudah. Hias dengan coklat atau salutkan dengan campuran gula kastor atau susu tepung.
Resepi Oleh: Kak Roy