Kek

Resepi dan Tips Buat Kek Lapis Evergreen

resepi-dan-tips-buat-kek-lapis-evergreen

Resepi dan Tips Buat Kek Lapis Evergreen

Resipi ini saya dapat daripada jiran saya. Dari kecik lagi saya merasa kesedapan kek evergreen setiap kali beraya di rumah dia. Ada beberapa versi resipi kek lapis evergreen yang dia berikan tapi semuanya lebih kurang sahaja bahannya. Apa-apa yang dalam kurungan itu adalah perubahan dan pilihan yang saya buat sendiri. So korang boleh pilih nak follow versi asal ataupun versi yang saya sudah olah.

Bahan-Bahan:

  • 454gm mentega (unsalted pure butter)
  • 1 1/2 gelas gula halus (saya letak 180gm)
  • 1 sdb ovellet (ni saya tambah)
  • 10 biji telur gred A atau AA
  • 250gm susu pekat
  • 1 tin kaya kecil (saya letak 200gm)
  • 2 sdk esen vanila (saya tambah)
  • 1 botol pes pandan (60ml)
  • 1 bungkus serbuk santan (santan takde, so saya ganti dengan 100gm nestum. Tak perlu kisar)
  • 1 1/2 gelas tepung gandum (saya letak 200gm)*
  • 1 gelas horlick (saya letak 100gm)*

Satukan bahan bertanda (*) dan ayak bersama

Cara Membuat:

1. Pukul mentega, gula dan ovellet sehingga putih dan gebu. Masukkan telur satu per satu. Pukul sehingga kembang. Masukkan susu pekat, kaya, dan pes pandan. Pukul sehingga kembang.

2. Perlahankan mixer dengan kelajuan sederhana. Masukkan nestum dan adun sehingga sebati. Perlahankan lagi mixer, masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit. Adun sekadar sebati. Matikan mixer, kaub balikkan adunan sehingga rata.

3. Sediakan loyang 8″ x 8″ x 3″ atau 9″ x 9″ x 3″. Alas dasarnya. Sapu bahagian dalam loyang dengan mentega dan tabur sedikit tepung. Buang baki tepung dengan cara menepuk belakang loyang (tak tabur tepung pun boleh).

4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Hentak-hentakkan loyang supaya adunan rata. Panaskan oven dengan suhu 170’C dengan api atas sahaja (suhu oven bergantung pada oven masing-masing, Lain oven lain suhunya, ya).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Gulung Green Tea

5. Sudukan sekitar 7 hingga 8 sudu makan adunan ke dalam loyang atau timbang sekitar 170gm hingga 180gm adunan bagi setiap lapis. Ratakan dan hentak beberapa kali. Bakar sehingga masak sekitar 7 minit. Ulang langkah melapis ini sehingga adunan habis.

Tips:

  1. Jika guna loyang 8″, saya alas guna pembalut butter sahaja. Bahagian silver (tidak bergambar) menghadap atas. Biasanya pembalut pure butter seperti Anchor, SCS, saiznya ngam dengan loyang 8″.
  2. Saya bakar kek lapis hanya menggunakan api atas dari awal hingga habis supaya kek tidak kering dan mudah lekang. Ini cara saya la.
  3. Apabila lapisan semakin dekat dengan grill (api), ada 2 pilihan kita boleh buat. Pertama, turunkan suhu dan bakar macam biasa. Kedua, singkatkan masa bakar tapi kekalkan suhu. Saya prefer cara pertama. Kaedah ini bagi mengelakkan lapisan kek yang dekat dengan grill hangit, kering, dan mudah lekang.
  4. Potong kek ketika kek benar-benar sudah sejuk supaya potongan kek kemas. Lebih bagus lagi jika kek yang sudah mencapai suhu bilik, diwrap dan disimpan di dalam peti sejuk dahulu. Selepas 1-2 jam ke atas di dalam chiller baru potong. Insya Allah potongan lebih sharp.
Resepi dan Tips Buat Kek Lapis Evergreen

Resepi Oleh: Noy Yullan