Resepi Nestum Choc Peanut Butter Bars

Resepi Nestum Choc Peanut Butter Bars

Nestum Choc Peanut Butter Bars ini sangat mudah untuk disediakan dan sangat sedap serta krispi. Resipi ini tidak perlukan oven untuk membakar serta tak perlukan mixer untuk mengadunnya. Snek yang sangat mudah untuk disediakan dan pastinya menjadi kegemaran anak-anak.

Bahan-Bahan:

  • 200 g coklat kompaun (saya guna semisweet)
  • 100 g Nestum Original
  • 30 g Kit Kat Bites Green Tea
  • 30 g Nestle Milo Nuggets
  • 1 cawan Milo Breakfast Cereal
  • 50 g mentega kacang
  • 1 sudu besar madu

Cara Membuatnya:

1. Dalam bekas tahan panas satukan coklat kompaun, mentega kacang dan madu.

2. Cairkan dengan menggunakan ketuhar mikro (kuasa tinggi selama 1-2 minit) atau dengan menggunakan double boiler. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan Nestum Original, Kit Kat Bites Green Tea dan Nestle Milo Nuggets. Gaul. Masukkan pula Milo Breakfast Cereal dan gaul lagi hingga rata.

4. Ratakan adunan ke dalam acuan 7 x 7 inci atau 8 x 8 inci yang dialas dengan kertas minyak. Tekan-tekan permukaan supaya lebih padat.

5. Potong adunan kepada saiz yang dikehendaki . Kemudian simpan dalam peti sejuk hingga adunan mengeras.

6. Bila adunan sudah mengeras, keluarkan dari loyang dan lalukan dengan pisau pada bahagian yang telah dipotong tadi.

Resepi Nestum Choc Peanut Butter Bars yang sedap lagi krispi sedia untuk dihidangkan.

Nota: Nestum Choc Peanut Butter Bars ini sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk untuk memelihara kesegaran bahan-bahannya dan supaya kekal krispi.

Resepi Nestum Choc Peanut Butter Bars

Resepi Oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi