
Resepi Kek Lapis Asam Manis Versi Kukus
Kek Lapis Asam Manis yang simple je ni, tak campur dengan biskut marie. Sedap juga dengan rasa masam-masam manisnya.
Bahan-Bahan:
- 5 biji telur (dari peti sejuk)
- 1 cawan gula halus*
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 sudu kecil baking powder* (3 bahan bertanda * diayak bersama)
- 1 sudu besar ovelate
- 150ml susu cair
- 100ml minyak masak
- 1sudu kecil esen vanilla
- Pewarna ikut suka
- Asam manis/hawflakes secukupnya
Cara Membuat:
1. Mix gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovellete dan mix lagi hingga betul-betul kembang gebu.
2. Masukkan minyak, slowkan mixer dan putar hingga sebati. Masukkan tepung + baking powder berselang seli dengan susu cair.
3. Masukkan esen vanila, mix sekejap hingga sebati atau kaup balikkan guna spatula. Bahagikan adunan kepada 2 bekas dan warnakan ikut suka.
4. Dengan menggunakan Loyang 8×8, sapu minyak dan lapik baking paper. Letak adunan warna ikut suka dulu (setiap lapis 1 cawan) dan ratakan permukaannya.
5. Susun asam manis atau hawflakes diatasnya. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih, kemudian kukus adunan selama 5 hingga 7 minit.
6. Buat lapisan seterusnya, ratakan (boleh lenggang-lenggangkan loyang untuk bagi rata adunan kek keseluruhan loyang) dan susun asam manis atasnya. Kukus lagi 5 hingga 7 minit.
7. Ulang-ulang lapisan hingga adunan habis. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 hingga 25 minit untuk kek masak keseluruhan. Setelah masak angkat dan sejukkan, baru dipotong.
Resepi Oleh: Zura Zul