Kek

Moist Lemon Cupcakes With American Butter Cream

moist-lemon-cupcakes-with-american-butter-cream

Moist Lemon Cupcakes With American Butter Cream

Senang sangat nak buat cupcakes ni, bancuh pakai tangan jer, takde hand mixer pun boleh buat. Sangat moist dan tak manis sangat, sesuai nak buat makan untuk anak-anak, silap-silap boleh open order pulak!.

Semua sukatan abam pakai cawan metrik ya.

Bahan Basah:

  • 1 cwn gula kastor
  • 2 biji lemon diparut kulitnya

Blend kedua-dua bahan ni dengan pengisar kering sehingga bercampur.

  • 3/4 cwn butter – dicairkan (abam pakai brand lurpak unsalted)
  • 1/4 cwn susu full cream (abam pakai brand dutch lady)
  • 1/4 cwn jus lemon
  • 2 biji telur (gred b)
  • 1/2 cwn plain yogurt

Bahan Kering:

  • 213g tepung (abam pakai low protein flour)
  • 1/4 sk garam
  • 1 1/2 sk baking powder
  • 1/4 sk baking soda

Campur semua bahan kering sehingga sebati.

Cara Membuat:

1. Dalam bekas masukkan butter yang telah dicairkan. Masukkan susu full cream, jus lemon, telur, yogurt, dan gula kastor yang telah dikisar dengan kulit lemon tadi.

2. Satukan semua bahan kering. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan kacau hingga sebati. Masukkan bahan ke dalam acuan cupcakes. Isi 3/4 penuh daripada saiz cawan cupcake.

3. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 180 degree celcius, api atas bawah selama 30 minit atau sehingga cupcakes masak, bergantung kepada oven masing-masing ya. Bila dan siap, hiaskan dengan topping sebelum ngap ye.

Moist Lemon Cupcakes With American Butter Cream

Bahan-Bahan American Butter Cream:

  • 1 buku (250g) unsalted butter
  • 3 cwn gula icing (abam rasa manis lagi, boleh kurangkan kalau nak)
  • 1/4 sk garam
  • 2 sb parutan kulit lemon
  • 1/4 cwn lemon jus
Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Biskut Lembut

Cara Membuatnya:

1. Pukul butter bersama garam. Masukkan 2 cawan gula icing dulu. Kemudian, masukkan kulit lemon, jus lemon, dan lebihan gula icing tadi. Pukul sehingga menjadi krim (tak perlu lama sangat).

2. Masukkan ke dalam piping beg. Pipekan di atas cupcakes tadi. Hiaskan dengan hirisan lemon atau ikut citarasa.

Nota:

  1. Bagi abam, kalau tak nak pakai buttercream (sebab manis), boleh gunakan whipping cream jer. Masukkan sedikit parutan kulit lemon dan jus lemon pun boleh. Janji sedap ditekak masing-masing ye.
  2. Kalau malas juga tahap gaban nak buat cream, boleh makan cupcakes begitu sahaja, pun sedap! Semoga bermanfaat dan selamat mencuba guys!.
Moist Lemon Cupcakes With American Butter Cream

Resepi Oleh: Khairul Hasrol