Kerabu

Resepi Kerabu Suhun Masam Manis Pedas

resepi-kerabu-suhun-masam-manis-pedas

Resepi Kerabu Suhun Masam Manis Pedas

KERABU SUHUN sedap pedasss masam-masam manis buat tambah selera makan. Share awal senang kalau ada yang teringin nak buat boleh cari bahan-bahan.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket suhun direndam air panas
  • 6-7 ekor udang segar
  • 6 batang crabstick
  • 5 biji cili padi merah/hijau*
  • Sedikit gula
  • Sedikit sos ikan
  • 2 labu bawang putih jeruk
  • 2 biji limau nipis
  • 1 ikat daun ketumbar
  • 1 labu bawang besar Holland
  • 2 biji buah tomato
  • 1 btg serai
  • 1 sdt cili flakes

Cara Membuat:

1. Rebus udang dan crabstick hingga masak dan potong crab stick kepada tiga. Bawang besar, tomato, cili padi merah atau hijau, daun ketumbar, bawang jeruk dan serai dihiris nipis-nipis.

2. Masukkan suhun, kemudian masukkan sos ikan, jus limau, ajinomoto, gula dan air bawang jeruk. Taburkan daun ketumbar yang dipotong kasar-kasar dan juga chilie flakes.

3. Akhir sekali, gaul semua bahan-bahan tadi sehingga sebati dan rasakan masam-masam pedas manis kerabu suhun ni.

Resepi Kerabu Suhun Masam Manis Pedas

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar