Ayam

Resepi Peri Peri Chicken Ala Nandos

resepi-peri-peri-chicken-ala-nandos

Resepi Peri Peri Chicken Ala Nandos

Dinner is served, hayam bakor ala Nandos with homemade airfryer potato chips. Sekali skala memang syok dinner inspired by Nandos ni.

Bahan-Bahan:

  • 3 keping peha ayam
  • 4 tbsp sos Nandos (ikut jenis kegemaran Hot/extra hot)
  • 2 ulas bawang putih diparut
  • 1 tbsp minyak zaitun
  • 2 tbsp jus lemon
  • 1 tbsp onion powder atau 1/2 bj bwg besar dikisar
  • 1/2 tbsp serbuk cili/paprika/cayenne pepper
  • 1/2 tbsp oregano/daun basil/herba kegemaran
  • 1/2 tbsp dijon mustard/yellow mustard (optional)
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Bersihkan ayam dan cucuk-cucuk dengan pisau supaya bahan perapan meresap dengan elok sebati.

2. Sebatikan semua bahan perapan dan perap besama ayam sekurang-kurangnya 1 jam dan seeloknya semalaman di dalam peti sejuk.

3. Panaskan griller/kuali dan grill permukaan ayam menjadi keperangan (brown the chicken).

4. Kemudian pindahkan ayam ke dalam loyang dan bakar di dalam oven pada suhu 230c selama 40-50 minit atau hingga ayam elok masak.

5. Tutup ayam dengan aluminium foil untuk mengelakkan ayam menjadi terlalu garing.

6. Basting atau sapukan lebihan perapan pada ayam sebelum dan selepas 1/2 jam membakar. Hidangkan bersama side dish kegemaran dan sos Nandos.

Bahan Airfryer Potato Chips:

  • 1 kg kentang dipotong bentuk french fries
  • Minyak zaitun/minyak masak
  • Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Didihkan air dan celur kentang selama 5 minit sahaja. Angkat kentang dan masukkan ke dalam air ais atau lalukan dibawah air hingga kentang sejuk.

2. Keringkan kentang dengan menggunakan kitchen paper. Oleskan kentang dengan minyak zaitun/minyak masak. Gaulkam kentang dengan garam dan lada hitam.

3. Panaskan airfryer dan airfry kentang pada suhu 160c selama 15 minit, kemudian goncang bakul AF supaya kentang masak rata.

4. Naikkan suhu 180c dan airfry lagi selama 5-6 minit atau hingga nampak kentang masak keperangan.

Resepi Peri Peri Chicken Ala Nandos

Resepi Oleh: Keroroyz Royz