Kerabu Pucuk Paku Kelantan Style

Kerabu Pucuk Paku Kelantan Style

Semalam. Banyak hari dah teringin nak makan kerabu pucuk paku. Buat lah kejap. Nak makan dengan nasi dah tinggal separuh ralit duk ratah hihii. Allah sedapnya. Alhamdulillah. Suk share bahan dan cara buatnya ya.

Bahan-Bahannya:

  • Pucuk paku (dipotong & dicelur)
  • Santan (dimasak hingga mendidih)
  • 3 ekor ikan rebus
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1 inchi halia
  • 4 sudu kelapa goreng
  • Cili api (optional)
  • Garam, gula
  • Budu
  • Cuka atau asam limau

Cara-Caranya:

1. Tumbuk isi ikan rebus, bawang, serai, halia, kelapa goreng hingga lumat. Suk chop jer, tak tumbuk hihii. Kemudian, masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam pucuk paku yang telah dicelur.

2. Masukkan santan, garam, gula, sedikit budu dan cuka sebagai perasa. Kerabu ni sedap kalau ada rasa masam-masam sikit. Nak guna asam limau nipis atau asam limau kasturi pon boleh untuk gantikan cuka.

3. Santan tu pula suk masak dulu hingga mendidih sebab nak elak kerabu mudah basi. Ok, gaul semua bahan tadi hingga sebati.

4. Sambil gaul sambil rasa dia punya masam, masin, manis ya. Kalau tak ok, tambah apa apa yang kurang. Hmm nak dekat separuh buat rasa saja kalau suk gak hihii.

Dan kerabu pucuk paku kita is donnee hihii. Senangkan. Selamat mencuba puan-puan.

Kerabu Pucuk Paku Kelantan Style

Resepi Oleh: Sukma Ismail