Sarapan, Snek, snek

Resepi Cucur Bilis Anak-anak Makan Licin Sepinggan

resepi-cucur-bilis-anak-anak-makan-lincin-sepinggan

Resepi Cucur Bilis Anak-anak Makan Licin Sepinggan

Resepi ni Fairuz olah sendiri je, try n error, hehe. Kalau la tak sedap, bagi cik tong sam je la makan. Dah la ruper tak lawa sebab cedok guna sudu ja. Nasebla kena dengan selera anak tekak anak-anak. Cicah plak dengan sos cili dan mayonis, lagi lah layan! Sedap makan masa masih panas!. Bolehla korang buat untuk juadah petang ni ataupun sebagai makan pagi. Jom tengok bahan dan cara buat.

Bahan-Bahan:

  • Ikan bilis yang digoreng (ikut citarasa nak banyak mana)
  • 2 biji Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih

3 bahan ni korang kisar guna blender kering ye.

  • Ikan bilis mentah (banyak atau sikit terpulang)
  • Sedikit serbuk kari (agak-agak je)
  • Tepung goreng bestari (apa jenama pun boleh, tapi Fairuz suka sebab rasa dia sedap.)
  • 2 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 2 sudu cabai mesin (nak pedas letak lebih)
  • Tepung gandum (sukatan ikut bape orang nak makan)

Semua bahan-bahan ni korang satukan, perasakan dengan garam. Termasuk yang dikisar kering tu.

Cara Membuat:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Goreng Sardine Kantin Sekolah

1. Semua bahan-bahan yang disatukan tadi, korang bancuh dan goreng sehingga sedikit garing. Jangan garing sangat, nanti bawang besar tu hangit, tak sedap bila makan.

2. Makan masa panas-panas tau! Baru terangkat rasa dia. Nak lagi sedap cicah sos cili dengan mayonis. Ataupun mayonis dengan serbuk kari. Selamat mencuba.

Resepi Cucur Bilis Anak-anak Makan Licin Sepinggan

Resepi Oleh: Fairuz Abu Hassan