Donut Kelapa Hawaii Rugi Tak Cuba

Donut Kelapa Hawaii Rugi Tak Cuba

Sampai jugak ke Hawaii sambil makan donut.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu kecil yis segera
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar Marjerin

Cara Membuat:

1. Satukan tepung dan yis, Gaul rata. Masukkan kelapa kering dan garam, gaul sebati. Satukan air suam, santan dan susu pekat, kacau rata. Tuang sedikit-sedikit ke dalam tepung. Gaul hingga menjadi segumpal doh.

2. Masukkan marjerin dan uli beberapa kali hingga sebati. Tutup doh dengan plastik wrap dan rehatkan selama 15 minit. Taburi tepung di atas papan canai. Kempiskan adunan dan bulatkan kembali.

3. Bahagi doh kepada bebola kecil 50 gm. Leperkan setiap doh, canai ringan dan lubangkan di tengahnya. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 30 minit hingga kembang.

4. Goreng dengan api kecil hingga masak. Angkat dan toskan. Celup permukaan donut ke dalam topping gula aising. Kemudian salut permukaannya dengan Hawaii Coconut Flakes.

Bahan Topping:

  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar jus oren/lemon
  • 1 cawan gula Aising

Cara Buat: Satukan bahan topping. sesuaikan kepekatannya, tidak terlalu pekat atau cair.

Bahan Salutan: 1 cawan Hawaii Coconut Flakes

Donut Kelapa Hawaii Rugi Tak Cuba

Resepi Oleh: Kak Wan