Kek

Kek Marble Jelita Sedap dan Menepati Citarasa

kek-marble-jelita-sedap-dan-menepati-citarasa

Kek Marble Jelita Sedap dan Menepati Citarasa

Assalamualaikum. Saja nak share butter cake yang saya buat sempena hari kemerdekaan negara kita tempoh hari. Simple butter cake dengan bahan-bahan yang minimal. Sangat sedap & tak manis. Sangat menepati citarasa saya.

Bahan-Bahan (Loyang 8 inci):

  • 230g mentega
  • 130g gula halus/ gula kastor
  • 4 biji kuning telur
  • 200g tepung gandum (ayak)
  • 1 sdt serbuk penaik (ayak)
  • 60 ml susu
  • 3/4 sdt pes vanila
  • Serbuk koko & pewarna makanan

Bahan Meringue:

  • 4 biji putih telur
  • 50g gula halus/gula kastor

Cara Penyediaan:

1. Panaskan oven pada suhu 160°C. Griskan loyang dan lapik dengan baking paper di dasar loyang. Ketepikan.

2. Cara buat meringue; Di dalam mangkuk atau bekas yang bersih, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga bertanduk, gebu serta putih berkilat (soft peak). Ketepikan.

3. Di dalam mangkuk atau bekas lain, pukul mentega (sejuk dari peti sejuk tetapi sudah lembut) dan gula hingga berkrim. Masukkan pula telur satu persatu. Teruskan memukul hingga sebati. Masukkan pes atau esen vanila. Pukul sebentar hingga sekata.

4. Masukkan pula tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama dengan susu sedikit demi sedikit (2 kali). Pukul dengan kelajuan perlahan hingga sekata. Ambil 1/3 meringue, masukkan ke dalam adunan kek. Kaup balik perlahan-lahan. Buat sehingga habis.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Red Velvet Cheese Brownies

5. Bahagian kepada beberapa bahagian dan warnakan. Contoh; Bahagian 1: warna asal, bahagian 2: 1/2 sdt pewarna merah + 1 sdb serbuk koko, bahagian 3: 1/2 sdt pewarna kuning, bahagian 4: 1/2 sdt pewarna biru + 1 sdb serbuk koko.

6. Letakkan adunan berselang-seli ke dalam loyang di bahagian tengah sehingga habis. Contoh: Masukkan 2 sdb bagi setiap adunan. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak pada suhu 160°C dengan menggunakan api atas dan bawah.

Nota: Pastikan bekas untuk membuat meringue bersih dari minyak & kering.

Kek Marble Jelita Sedap dan Menepati Citarasa

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah