Samyang Mentega Udang Dan Keju Parmesan
Bahan-Bahan:
- 1 paket samyang stew
- 1/2 cawan air rebusan new samyang
- 1 1/2 sudu kecil parmesan cheese
- 1 1/2 sudu besar butter
- 5 ekor udang (dikupas kulit)
- 1/2 sudu kecil rata (All purpose seasoning)
Cara Memasak:
1. Masakkan mee samyang sehingga lembut (ketepikan 1/2 cawan air rebusan). Panaskan butter di dalam kuali, masukkan udang dan masakkan setengah masak.
2. Kemudian, masukkan parmesan cheese, all purpose seasoning, 1/2 cawan air rebusan dan perencah samyang. Gaul rata.
3. Akhir sekali, masukkan mee samyang dan gaul rata lagi baru tutup api. Hidangkan bersama telur rebus.
Cara Memasak Soft Boiled Egg:
1. Cuci telur bersih. Panaskan air sehingga mendidih/mengelegak. Masukkan telur dan masak sehingga 5-6 minit. Pastikan air penuh sehingga menutup permukaan telur.
2. Dibekas lain, sediakan air sejuk atau air yang berisi ais. Apabila telur sudah masak, angkat dan masukkan telur di dalam bekas berisi air sejuk dan biarkan selama 2 minit. Siap untuk dikupas
Resepi Oleh: Nurul Ateekah