Biskut, Kuih Raya

Resepi Chocolate Cornflake Peanut Butter Cluster

resepi-chocolate-cornflake-peanut-butter-cluster

Resepi Chocolate Cornflake Peanut Butter Cluster

Biskut raya senang hanya guna 3 bahan tanpa oven dan tak payah timbang.

Bahan-Bahan:

  • 150g / 5 cawan cornflakes
  • 350g / 2 cawan dark chocolate – Saya guna brand Beryls. Milk pun boleh.
  • 125g / setengah cawan smooth peanut butter

Optional: Setengah cawan almond/kacang cincang

Cara Membuat:

1. Panaskan chocolate dan peanut butter menggunakan kaedah double boiling. Bila semua cair, tunggu sejuk sikit. Masukkan cornflakes dan kacang kisar.

2. Gaul semua bahan hingga rata. Sudukan bahan masuk ke dalam paper cup. Letakkan gula hiasan atau lebihan kacang tadi.

3. Akhir sekali, masukkan dalam peti ais bahagian chiller dalam 10 minit. Keluarkan dari peti ais dan simpan dalam bekas kedap udara. siap!

Nota:

  • Buat dengan anak-anak mesti diorang suka.
  • Jangan guna peanut butter yang kasar, nanti kacang dia tu jadi tak rangup.
  • Memang sedap krup krap cornflakes dengan lemak-lemak peanut butter tu. Terbaekk!

Silakan SHARE mana tau ada kawan-kawan yang takde oven dan penimbang TAPI still nak buat kuih raya.

Resepi Chocolate Cornflake Peanut Butter Cluster

Resepi Oleh: Razhilahana Ibrahim