
Sweet and Sour Chicken atau Ayam Masam Manis
Kali ni kakchik cuba untuk masak Chinese food pula. Kami memang suka masakan cina sebab senang, cepat dan sedap. Gerenti menjilat jari gitew.
Kakchik buat sweet and sour chicken atau ayam masam manis. Sedap sangat. Ratah macam itu je pun boleh tau.satu lauk pun dah cukup.
Makan dengan nasi panas uishhhh memang ngam teruk. Sesuai sangat untuk seisi keluarga.
Bahan A:
- 2 cawan isi ayam
- 2 sdb tepung jagung
- 1 sdt serbuk Lada sulah
- Secubit garam
Bahan B:
- 3 ulas bawang putih
- 4 sdb sos cili
- 2 sdb sos tiram
- 1 sdb sos tomato
- 1 sdb tepung jagung + 1/4 cawan air
Bahan Lain:
- Tomato
- Kapsikam
- Cili
- Bawang Holland
- Gajus
Cara Memasak:
1. Satukan bahan A dan gorengkan sampai garing. Dalam kuali goreng sekejap bawang Holland, cili, kapsikam dan gajus. Jangan lama tau. Kita nak dia Masih rangup masa makan nanti. Angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang tumis sampai garing. Kakchik cincang kasar je. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Biarkan dia merenih.
3. Bila kuah dah memekat masukkan ayam yang telah digoreng. perasakan dengan garam dan gula. Masukkan semua bahan yang kita goreng kilas tadi. Taburkan bijan. Dah siap.
4. Senang je oi. Rugi kalau tak Cuba. Buat untuk bersahur memang syok habis. Anak-anak mesti suka. Selamat mencuba. Cukup satu lauk penuh dengan khasiat dan mengenyangkan untuk seisi keluarga.
Resepi Oleh: Umi Watie