Kuih Muih

Resepi Apam Jagung Mudah Disediakan dan Sedap

resepi-apam-jagung-mudah-disediakan-dan-sedap

Resepi Apam Jagung Mudah Disediakan dan Sedap

Beli jagung time offer, hiris dan frozenkan. Tahan lama, boleh guna bila-bila perlu. Dalam keadaan dan cuaca sekarang ni kita guna bahan yang mana ada saja dan sedapatnya.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan jagung krim
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sk baking powder
  • 1sk baking soda
  • 1/4sk garam #zida2004
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan minyak jagung/masak
  • 2sb susu pekat/susu jagung SAJI
  • 1 biji telur gred A/B
  • Sedikit pewarna kuning (optional)
  • Sedikit jagung fresh untuk hiasan (optional)

Cara Membuat:

1. Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Tambahkan garam. Ketepikan. Putar atau kisar gula, minyak jagung masak, susu pekat dan telur hingga sebati.

2. Masukkan bahan yang telah diayak tadi. Putar lagi hingga sebati. Akhir sekali, masukkan pewarna kuning dan jagung krim, putar atau kacau sehingga sebati.

3. Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih. Sediakan papercup yang dialas dengan acuan lompang/muffin/bekas plastik. Sudukan atau paipkan adunan apam sehingga penuh papercup.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cucur Jagung Dengan Sos Pencicah Homemade

4. Taburkan sedikit jagung fresh diatasnya. Kukus adunan dengan api yang kuat selama 20-25 minit. Siap! Boleh lah dihidangkan.

Resepi Apam Jagung Mudah Disediakan dan Sedap

Resepi Oleh: Norfazida Gda