Pastry

Resepi Bomboloni dengan Sos Kastard

resepi-bomboloni-dengan-sos-kastard

Bomboloni percubaan kali pertama, alhamdulillah menjadi la kot noh, first time buat kuih berasaskan yis, takut mula-mula, takut tak jadi. Uli tangan 20 minit jugak, tekap guna cawan je, nak buat rounding tak reti, tengok-tengok menjadi pulak nak berjoget rase. Tq en somi bagi kata-kata semangat masa kite dok buat tadi, boleh cuba buat lagi nanti ni.

Ok sini saya sertakan resepi Bomboloni dan sos kastard ya.

Resepi Bomboloni dengan Sos Kastard

Bahan Bomboloni/Donut:

1 cawan teh air suam
2 sb susu pekat
2 sb gula
Yis sepeket (11g)

+ Kacau sebati dalam cawan yang besar sikit. Biar kembang 20 minit.

1/2 kg Tepung gandum
2 sb Marjerin
1 sdk Garam

Cara Buat:

1. Ramas-ramas bahan di atas bagi sebati. Masukkan yis yang kembang dan masukkan sebiji telur yang dipukul

2. Uli selama 20-30 minit (saya uli guna tangan je) dan bulatkan doh, kemudian rehatkan doh. Tutup bekas doh (bagi dia naik bulat montel).

3. Kemudian buangkan angin, tumbuk-tumbuk. Bentukkan doh ikut bentuk kesukaan, saya tekap guna cawan dan rehatkan seketika bagi naik montel.

4. Goreng dengan api sederhana (jangan kerap balik-balikkan ye).

Bahan Sos kastard:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Red Velvet Cream Cheese Puffs

1 cawan susu cair atau air kosong tapi tak lemak
3 sb Tepung kastard
2 sb gula
1 sb sudu susu pekat
Sedikit esen vanilla
1 sb butter/margerin

Cara Buat:

1. Satukan semua bahan kecuali butter, masak atas api kecil jangan sampai berketul. Tutup api, masukkan butter dan kacau sampai pekat. Kalau keras tambah sikit air kacau lagi.

2. Kemudian saya guna belakang sudu untuk buat lubang pada doh yang dah siap digoreng serta dah digolek dalam gula yang diblend halus. Paipkan sos kastard dalam lubang tu (jangan sampai tembus ye buat lubang tu).

Resepi Bomboloni dengan Sos Kastard

Ressepi Oleh: Noor Shuhada Shushu